Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Sunday, December 11, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.1

Ujian Hati

Sa'ad bin Abi Waqqas berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa."(HR. Bukhari)


Mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai Allah timpakan ujian berturut-turut supaya kita kembali mengingat dia... Mengadu padaNya, Merintih padaNya, Memohon kekuatan dariNya...


Ampuni hambaMu yang lemah ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 2, 2011

yang disia-siakan

bismillahirrahmanirrahim....

sudah hampir seminggu tahun baru berlalu.. harusnya ada tingkat-tingkat perubahan pada diri. bukan malah memburuk. Allah dah bagi jasad dan ruh yang sempurna buat kita. kenapa tidak kita gunakan ia sebaik mungkin? kenapa tidak kita kuasai diri sendiri? kenapa biarkan nafsu menguasai diri? kenapa tidak iman yang memimpin diri? alangkah ruginya diri yang dikuasai nafsu dan syaitan!!! muhasabah diri kembali. setelah seminggu berlalu....

wahai insan yang padaNya engkau kembali..cepat-cepatlah bertaubat sebelum terlambat. cepat- cepatlah kembali pada Allah, pemilik hatimu. jangan terleka dengan dunia. jangan pernah merasa aman sedangkan bila-bila masa Allah akan ambil nyawamu.

wahai insan yang lemah, jangan pernah merasa engkau paling baik dan beriman di antara manusia lain, sedangkan Allah lebih tahu. tidak beriman seseorang selagi tidak diuji. bila merasa diri lebih baik, cek kembali hati mungkin sudah necrosis.

maafkanlah,dengan sifat memaafkan,seorang sahabat nabi masuk syurga.berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. insyaAllah.

andai lemah,mintalah pada yang Maha Kuat

jangan sesekali mensia-siakan hidup yang Allah bagi ni. tunaikan amanah yg Allah beri, sebagai 'abid dan khalifah.

Saturday, November 26, 2011

rumah sakit a.k.a hospital

bismillahirrahmanirrahim....
pertama-tamanya selamat tahun baru buat saudara seakidah..alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk kita hidup dan memperbaiki diri. kalau takde usaha,kita takkan berubah..ditambah doa tak henti-henti memohon bantuan dariNya.

malam ini, shift malam kedua di rumah sakit umum daerah kota bekasi, bahagian penyakit dalam (internal medicine). tergerak untuk menulis. untuk kesekian kalinya, tapi rasanya kali ni lebih rasa terharu melihat keadaan patient sorang ni.kurus sangat, masih muda dan perlu suntikan insulin setiap hari sepanjang hidup. itulah takdirnya.  Allah tarik nikmat sehat untuk sementara waktu. banyak ganjarannya, dosa-dosa terhapus. Allah takkan bebankan kita dengan apa yang kita tak mampu. semoga dia tabah dan sabar menghadapi. menitis air mata,bersyukur atas nikmat kesihatan yg Allah bagi...semua ni agar kita lebih kuat beribadah,menjadi hamba yang bersyukur...

Sunday, September 11, 2011

Paku dengan penukul

Manusia ibarat paku
Bila diketuk baru berubah kedalaman
Kalau tak ketuk, takkan dapat menyatukan 2 papan

Manusia kena sentiasa diingatkan sebab mudah lupa
Lupa asal usul dan ke mana tempat kembali

Apa pun, kembali kepada Allah
Muhasabah


Rumah Allah

Kredit gambar: google

Impian ke sana

Belum tahu bila, sempat atau tak

InsyaAllah :)

Rindu masa dulu

Rindu saat semangat sangat2 tinggi. Rindu akan basahnya hati. Rindu akan manisnya ukhuwwah (sekarang pun manisnya masih sama :) ) Rindu diri yang dulu. Terjaga.

Rindu. sangat rindu diri sebelum ini.
Sangat2 rindu...

Cukuplah segalanya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri. muhasabah.

Bahawa apa yg Allah dan ajarkan kita tu benar. islam itu benar dan indah. manusia yang menutupi keindahan itu.

berharap pada bunga, ia akan layu.
berharap pada manusia, kelak akan kecewa
berharap pada Allah insyaAllah kebahagiaan yg kita dapat.

carilah redhaNya dalam SETIAP PERBUATAN!
walau sekecil zarah perbuatan tu akan dicatat
baik atau buruk

sama ada nak terima kitab amalan dengan tangan kanan atau tangan kiri.? tepuk dada tanya iman.

ingin jadi orang bijak. sila jadi orang bijak.
belum terlambat...

terasa makin jauh untuk jadi mukminah sebenar

Saturday, September 10, 2011

Think and think

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. seketika berfikir kembali apa yang dah dilakukan dua tiga menjak ni.. Kesimpulannya, rasa seperti bukan diri yang sebelum ini. beza, jauh berbeza.

Iman naik dan turun ibarat buih-buih yang muncul ketika air sedang menggelegak. naik dan turun, bila turun kena cepat-cepat cari ubat. ubat hati, tombo ati. ada 5. semua dah ada depan mata, tinggal nak guna atau tidak.

Sayangnya Allah pada ku... Sangat terasa kasih sayangNya, bila dia sedarkan kembali aku dari khayalan yang panjang. Kononnya apa yang aku buat ni mendapat keberkatan dariNya, padahal belum tentu!

Niat tidak menghalalkan cara.

Sayangnya Allah pada hambaNya yang sombong ini. tidak menggunakan nikmat dengan betul-betul. Apa kita fikir kita masih hidup lama? mungkin setelah menulis ni malaikat maut datang menyapa. atau pada saat ini juga mungkin malaikat maut sedang menjeling-jeling apa yang aku tengah buat. nak lari ke mana?

Ampuni kami Ya Rabb.. tidak layak rasa untuk masuk syurgaMu, namun tidak mampu juga untuk hadapi pedihnya siksa neraka..

Azam: Jadi bijak.~org yg bijak adalah org yg menggunakan kehidupan dunia untuk kebahagiaan hidup di akhirat.


Wednesday, August 24, 2011

ramadhan dan syawal

Bismillahirrahmanirrahim..

Entah kenapa ramadhan kali ini rasanya sangat lain.
Kalau dulu, rasa nak cepat je habis puasa sebab nak sambut hari raya.
Tapi kali ini lain, rasa lain..
Rasa ramadhan berlalu dgn sgt pantas sedang hati berkata ramadhan, jangan tinggalkan aku..
Rasa tidak mempergunakan bulan yang mulia ini dengan baik.
Ramadhan kali ini Allah uji banyak hal..
Terutama hati
Sebak sebenarnya
Hingga sekarang masih menyesal dan bertanya2 kenapa..
Kenapa aku masih begitu sedangkan dulu aku berdoa supaya Allah temukan lagi aku dengan ramadhan.
Supaya aku dapat memperbaiki kembali compang camping yg ada dlm diri
Kini Allah temukan dengan ramadhan

dan sekarang ramadhan mula nak meninggalkan kembali
Terfikir2, dah dapat ke hasil yang sepatutnya org beriman dapat iaitu TAQWA?
Terfikir2, layakkan meraikan aidilfitri?
Sudah bersediakah roh ini untuk kembali kepada fitrah sebenar?

Masih banyak yang perlu diperbaiki
Masih belum bersedia untuk hal itu....

Permudahkan Ya Rabb...

Monday, June 20, 2011

Penutup malam


tidak tahu apakah esok masih ada buat kita.
semoga Allah masih memberi peluang utk bertaubat
semoga kita dimatikan dalam islam dan iman.

wallahu'alam...

Sunday, June 19, 2011

Mengintai senja dari atas langit

kredit gambar: google image

Tiada kata2 yang mampu menggambarkan keindahan senja dari atas langit, hanya perkataan subhanallah terpacul dari bibir ini. pertama kali tidak tidur dalam flite kerana menunggu senja muncul. kulihat langit bertukar dari biru ke jingga perlahan2, tidak tampak perubahan yang ketara tiap saat. subhanallah, hanya mampu merekam foto indah itu di benak kepala.
indahnya saat itu, indahnya ciptaan Dia, sebagaimana indahnya Dia mencipta rupa bentuk kita. hargailah jasad kita ini, jangan biar ia dinodai kejahatan2 dunia dan syaitan, syaitan bertopengkan manusia

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (3:190)

Sepanjang perjalanan di atas awan itu aku berfikir, banyak hal yg perlu difikirkan. sangat banyak. belum lagi memulai hari yg memenatkan di hospital. semoga diri ini mampu menghadapi semua itu. semoga emosi ini sentiasa stabil. terima kasih ma atas nasihat yang sangat diperlukan anakmu ini. hidup jangan terlalu beremosi. nanti mempengaruhi semua hal. org islam kena sentiasa tenang dan tidak bersedih hati.

kredit gambar: google image


kenangan terindah sewaktu melawat kubur arwah moyang kesayangan bersama 3 org adik, membaca surah yassin bersama..entah kenapa sejak kebelakangn ini sering mimpikan dia. mimpikan yang indah.dia tersenyum. dialah salah seorang role model ku. sangat merinduinya. sangat berharap dapat bertemunya kelak, di syurga insyaAllah. bertemu pada saat umur kita sama! sama muda. indahnya.

terfikir, bagaimana kita nanti di alam kubur... amalan dengan niat yang bercampur baur.

Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan (25:23)

Bila amal kita bukan kerana Allah, jadikan ia bagai debu yang berterbangan. sia2..

semoga Allah matikan kita dalam islam dan iman. berdoalah, sesungguhnya Allah mendengar doa hamba2nya. :)

Dr Asri : La Tahzan (Jangan Bersedih)

Monday, May 16, 2011

Jom jadi orang yang bijak ;)

keindahan..islam indah

Assalamualaikum w.b.t

perempuan..penuh emosi
sangat bahaya andai tidak dikawal

hati...raja kepada jasad
sangat bahaya andai hati dipengaruhi emosi dan nafsu
perlakuan akan menuruti emosi dan nafsu
hancurlah jasad

orang yang bijak cerdas...
adalah orang yang selalu mengoreksi diri (muhasabah)
dan beramal untuk bekal sesudah mati

amal yg baik terlahir dari iman yang mantop
iman yg mantop akan menerima segala apa yang Allah tentukan dengan redha(rela hati)
iman yang mantop melahirkan individu yang berakhlak mulia

akhlak mulia
buah dari kekhusyukan ibadah(yang diniatkan kerana Allah)
dan ketundukan diri pada Allah

'sebaik-baik manusia adalah orang yang terbaik akhlaknya di antara mereka (HR Thabrani)

semuanya tergantung iman

mari mantapkan iman

muhasabah kenapa kita hidup

pastinya kerana Allah

hadapi ujian hidup dgn sabar

neutralkan emosimu wahai perempuan kerana emosi boleh merosakkan akhlak, boleh merosakkan silaturrahim, boleh menghancurkan amal ibadah

stabilkan emosi

pesanan utk diri sendiri dan saudari2 seperjuanganku

andai ada kesilapan, mohon dimaafkan

kita saudara

kita adik beradik

indahnya ukhuwwah kerana Allah

kerana Allah kita bertemu dan berpisah

indah....

bila mengingat kebaikan orang pada kita :)



Thursday, May 12, 2011

Allah Pemilikku

Assalamualaikum w.b.t

Semoga jiwa kita sentiasa basah dengan zikrullah

Semoga detik2 yang berlalu dipenuhi dgn amal2 yg diniatkan keranaNya

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

indahnya ukhuwah kerana Allah

indahnya berkorban masa dan harta kerana Allah

kerana ganjarannya indah

walau tidak tampak di alam al-wujud

syurga

hanya untuk org yg berjaya mendapat rahmat dan redha Allah

layakkah aku?

benarkah dunia ini dijadikan sebagai ladang amal?

sudah tertunaikan shahadah al-haq yg dilafazkan dalam solat sehari2?

ilmu2 apakah sudah diamalkan?

harta2 kemana digunakan?

segala nikmat yg Allah beri apakah digunakan untuk menjalankan tugas sebagai hambaNya?

Tersentuh dengan ayat Allah ini:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)

Mohonlah padaNya

Mohonlah, tapi dgn syarat, patuhi segala perintahNya kerana Dia pemilik kita, pemilik hati kita...

siapalah kita ini,

hanya manusia yang berasal dari tanah

tanah yang tidak bernilai dibandingkan dengan emas permata

dan akhirnya dikembalikan jua ke dalam tanah

hanya orang2 yg berTAQWA yang diangkat darjatnya

orang2 yg berhati2 dalam setiap perbuatan; setiap perbuatan diniatkan keranaNya

sekecil2 perbuatan menjadi ibadah bila diniatkan keranaNya

betapa pemurahnya Allah

tidak malukah kita andai kita ingkar padaNya?

masih mahu ingkar padaNya setelah bermacam2 nikmat dan kemudahan Dia kurniakan pada manusia?

masih mahu ingkar?

Dia Maha Melihat

Dia Maha Menjaga


Sunday, April 10, 2011

buka hati untuk dididik

Hadith 6

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jaga hati, dialah raja kepada jasad. penuhi hati dgn cinta padaNya. bukakan hati untuk dididik olehNya..

Monday, April 4, 2011

Pembaziran

assalamualaikum w.b.t...

sangat2 lama tak update blog... banyak benda terfikir untuk ditulis tapi diri sendiri sering bertangguh. sifat yg sdg berusaha dibuang dlm diri..insyaAllah.

sedar tak sedar dah banyak pembaziran kita buat dalam hidup. teringat khutbah jumaat hari tu imam ada kata pembaziran tu bukan hanya makanan, harta, masa tapi pembaziran tenaga, pembaziran zikir, pembaziran ilmu dll....

pembaziran masa bila kita buat sesuatu bukan kerana Allah, pembaziran zikir bila kita zikir hanya di bibir tapi bukan menghadirkan hati, pembaziran ilmu bila ilmu yang kita ada tu kita x amalkan (diri sendiri..huhu)... dan banyak lagi..

astargfirullah3....

bila menulis ni, diri sendiri adalah org pertama yg harus amalkan apa yg ditulis. nanti akan disoal apakah kita lakukan apa yg kita katakan. sbb Allah sangat benci org yg tak buat apa yg dia kata.. ayat Allah dalam surah as-saff


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (61:2-3)

Ya Allah, tetapkan kami dalam iman. ampuni dosa2 kami. bukakanlah pintu hati kami untuk kembali ke jalanMu yg lurus

Thursday, February 24, 2011

Bekalan hidup


assalamualaikum..

setelah sekian lama menyepi, rasanya hari ni kena menulis sesuatu. menulis tentang kehidupan, di mana di dalam kehidupan tu tiap saat ada tarbiyyah dari Allah (bagi org yg berfikir dan sentiasa muhasabah diri insyaAllah kita akan temukan tarbiyyah yg istimewa dari Allah).
ingin berkongsi satu tarbiyyah yg sangat3 berharga bagi saya yg meyakinkan lagi saya tentang tujuan hidup.

menjadi seorang pelajar memang tak lepas dari exam. exam yg mengambil hampir keseluruhan masa kita, sampai tidur pun kadang mengigau2 pasal exam. untuk hadapi exam, pasti perlukan bekalan ilmu. dan dengan itu kita belajar, berusaha bersungguh2. bila dah nak dekat exam, masa makin suntuk dan tawakal kita pada Allah sangat2 tinggi...

kata2 hikmah dari sorang sahabat,'berusahalah kamu seolah2 tiada lagi usaha, bertawakkallah kamu seolah2 tiada lagi tawakal.usaha dan tawakal tu terpisah, usaha adalah bahagian dari jasad, tawakal adalah bahagian dari hati(jiwa)...rezeki itu dari Allah, jika ditakdirkan lulus itu yg terbaik utk kita, jika ditakdirkan gagal itu juga yang terbaik untuk kita. Allah is the best planner...

tarbiyyah dari Allah itu yg paling mahal...


alhamdulillah, diuji dengan tidak lulus OSCE... banyak sangat hikmah Allah nk bagi.. Dia mengajarku untuk redha dgn segala sesuatu kerana itu yg terbaik, Dia mengajarku menjadi seorang yang sabar, Dia mengajarku untuk menggunakan masa yg ada sebaiknya, Dia mengajarku supaya lebih fokus, Dia mengajarku supaya bersusah2 dulu sebelum mendapat kesenangan, paling penting dia mengingatkan ku dengan bekalan!

sebagaimana untuk exam perlukan bekalan ilmu yg cukup, begitu juga la dgn hidup kita, perlukan bekalan cukup untuk hidup di akhirat sana... astargfirullah, bila dikira2, berapa banyak bekalan yg aku dah ada untuk hadapi akhirat nanti? bekalan yg mana dgnnya aku dapat merasai syurgaNya.. rasa macam sgt2 sikit, dan mungkin akan berkurang atau negatif setelah ditolak dgn dosa2 aku kat manusia, sifat2 ujub, riya', iri hati yg ada dalam diri. belum lagi ditolak dgn dosa2 masa jahiliyyah dulu. belum lagi ditolak dengan maksiat hati, mata, telinga, anggota badan...apa Allah redha dgn perbuatan kita sehari2? apakah kita niatkan sesuatu tu kerana Allah? belajar kerana Allah?

hidup ini hanya untuk Allah, hati ini untuk Allah...kalau bukan sekarang kita berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah, bila lagi?? Allah sentiasa memerhatikan kita,adakah kita juga sentiasa mengingatNya..

---Ya Allah, Kau yg memegang hati ini...peliharalah kami dari kotoran2 dunia yg sangat pekat dan busuk...semoga Allah redha dgn apa yg kita lakukan...




Saturday, February 5, 2011

Kerana iman itu perlu diuji



Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?(al-'Ankabuut:2)

Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati,apa yang kita niatkan sebelum buat sesuatu perkara, Allah dah merancang yang terbaik buat hidup kita. Setiap hambaNya diberi kasih sayang dan nikmat yang tak terhitung banyaknya supaya kita dapat menunaikan tugas kita menjadi hambaNya, hamba yang sentiasa mengingatiNya, hamba yang menyerahkan seluruh hidup ini semata-mata untukNya, hamba yang menyediakan hati ini untuk ditarbiyyahNya dengan diberi berbagai-bagai ujian yang sesuai dengan kemampuan hambaNya, hamba yang tidak punya apa2 seraya meminta bantuan dariNya, merintih padaNya dikala bersedih hati....

itulah Allah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengetahui, Allah yg Memelihara dan menjaga hambaNya, cinta paling agung adalah cinta padaNya,cinta yang mana boleh bawak kita ke syurga, antara impian tertinggi bagi orang2 yang beriman dan mengharap redhaNya.....

Hidup.............
hidup adalah suatu perjalanan masa, kitalah yang mencorakkan hidup itu bagaimana, apakah corak yang damai dan indah atau corak yang serabut, melemaskan serta memeningkan...hidup, hakikatnya hidup adalah kesempatan yg Allah bagi utk kita cari sebanyak mungkin bekalan buat kehidupan abadi di akhirat.. alangkah indah bila hidup ini 100% diserahkan kepada Allah untuk ditarbiyyah dgn berbagai2 ujian yang akan menaikkan lagi kedudukan di sisi Allah..

.....Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (Al-Hujuraat - Ayat: 13)

BerSABARlah andai diuji...walaupun untuk memupuk rasa sabar itu susah pada awalnya, yakinlah dengan janji Allah. Dia beserta orang2 yang sabar..dalam D&T, perlu sabar,redha dengan apa yg terjadi sebab Allah dan susun yang terbaik untuk kita...andai kita yang membawa baton islam, yang ingin mengajak orang lain kepada islam, bawa lah betul2...agar Allah redha dgn perbuatan kita, redha dgn gerak kerja kita...
Andai kita bekerja betul2 niat kerana Allah pasti kita akan terima apa saja yang terjadi dengan kerana kita tahu Allah dah susun yang terbaik untuk kita. orang2 beriman tidak akan bersedih hati dengan apa yang terjadi


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(al-Baqarah:277)

Teruskan melangkah. jangan sia2 kan D & T yang dah bertahun kita lalui. Ujian demi ujian akan kita lalui kerana tidak mungkin orang yang mengatakan dirinya beriman itu tidak diuji. ujian bukan untuk menjatuhkan kita malah sebenarnya Allah nak angkat kedudukan kita disisiNya..ujian itu akan mematangkan kita.... ingatlah penilaian Allah lebih mulia dari penilaian manusia.
Yakinlah, yakinlah yang Allah Maha Mengetahui segalanya. masih ramai manusia diluar sana belum disentuh oleh iman..kalau bukan kita yang faham, siapa lagi? D& T tak perlukan orang yang emo..emosi perlu stabil, fikiran mesti jauh ke depan, cukuplah sebelum ini kita dah sia2 kan hidup dengan hanya memenuhi keinginan nafsu, melayan perasaan jahiliyyah, memanjai diri dengan kenikmatan dunia..cukuplah...

uhibbukum fillah...

Wednesday, January 12, 2011

Kehidupan ini tarbiyyah dariNya


Pernah tak terfikir kita hidup untuk apa?
Cuba ambil waktu sejenak untuk fikir balik, untuk apa kita hidup? apakah untuk mencapai cita2 waktu kecil dulu? apakah untuk hidup bahagia dgn pasangan hidup?
Pernah tak terfikir, lepas hidup di dunia ni apa akan jadi dengan kita?
Pernah tak menghitung amalan yang dah kita buat, ibadah yang dah kita buat? cukup banyakkah, cukup berkualitikah?

Pernah tak terbaca ayat ni

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)

Ibadah, itulah salah 1 tujuan hidup kita yang sebenarnya...Ibadah...
Allah dah bekalkan kita hati, penglihatan dan pendengaran untuk kita beribadah padaNya, bukan untuk melakukan maksiat atau dosa...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya dengan cara istidraj (7:179)


Sejauh mana kita kenal Allah, Yang Memiliki kita.......................................................

Tahukah kita yang Allah menciptakan syurga untuk hambaNya?

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya (2:25)

Apa yang dah kita buat dengan hidup? Kadang ujian datang menimpa kita, ujian dalam belajar, ujian dalam ukhuwwah, ujian dlm kewangan, ujian dalam keluarga....

Itulah tarbiyyah, didikan yang Allah bagi buat hambaNya. Didikan untuk meningkatkan lagi darjat iman kita. kadang kita diuji dengan benda yang sama berulang kali, itu tandanya kita belum berjaya melepasi ujian tersebut. sama modelnya dgn ujian di sekolah atau di uni. kalau masih gagal dlm exam, kena repeat semula paper yg sama.

Betapa sayangNya Allah pada kita.. dan seharusnya kita berkasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu.
Kalau sebuah ikatan itu dibina kerana Allah, mudah-mudahan ikatan itu berkekalan sampai ke syurga. insyaAllah...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Riwayat Imam Nawawi…

Semoga setiap keputusan yang kita ambil adalah kerana Allah. pertimbangan yang dibuat adalah berlandaskan garis panduan dari Allah.

-Masih jauh perjalanan ini, kadang rebah di tengah jalan akibat tarikan2 jahiliyyah yg masih ada dalam diri...ibarat mendaki bukit dgn membawa bebanan(dosa) yg banyak, makin ke atas makin penat, tercungap2, makin lambat dan suatu ketika boleh jatuh berundur ke belakang..na'uzubillah...semoga Allah kuatkan hati ini, agar perlahan2 dapat mengurangkan bebanan2 hingga senang untuk mendaki.


Monday, January 3, 2011

realisasikan angan2 mu


setiap org pasti ada angan2...sama ada angan2 dunia atau angan2 akhirat...

ada sorang shbt sharing ttg angan2 nya..subhanallah, pertama kali jumpa dgn org yg angan2 tinggi mcm dia.. angan2 nya adalah masuk syurga, di mana di dalamnya kita mendapat layanan yg super2 istimewa, dgn hidangan sebanyak 300jenis dan semuanya sedap2 dan makin kita makan makin sedap rasanya, makin nikmat..duduk singgahsana sepanjang 1 batu...alangkah bestnya! berjumpa dgn pejuang2 islam yg telah berjaya menempuh dugaan2 di dunia, sahabat2 yg syahid demi menegakkan islam, berjumpa dgn kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan yg paling best, dapat bertemu dgn Allah Yang Maha Esa~

tapi...fikir2 balik, layakkah kita?? sudah cukupkah usaha kita di dunia utk mendapatkan redha Allah dan syurgaNya? syurga Allah perlu dibayar dgn pengorbanan, kesusahan di dunia demi mencapai redhaNya. syurgaNya hanya buat org2 beriman, org2 yg yakin pada Allah dan melakukan segala apa yg Allah suruh dan meninggalkan segala apa yg Allah larang. dan semua itu ada dalam panduan hidup kita iaitu Quran!!! Bacalah, fahamilah dan beramallah mengikut panduan hidup yg Allah gariskan utk kita. dan Allah telah mengutus kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w utk menunjukkan kita bgmn islam itu sebenarnya, utk merealisasikan apa yg ada dalam al-Quran. betapa hebatnya kasih sayang Allah berbanding kasih sayang manusia.

Muhasabah...Adakah amalan kita sehari2 diniatkan kerana Allah? mandi, makan, belajar, online dan sebagainya adakah kita buat kerana Allah? untuk apa kita makan? adakah sekadar untuk memenuhi nafsu, atau untuk mendapatkan sedikit tenaga untuk kita meneruskan tugas kita sbg hambaNya dan khalifah di dunia.

Ibadah kita bukan setakat solat, zakat, puasa dll... ibadah tu adalah sesuatu perkara yg kita buat kerana Allah, niat keranaNya...Allah sukakan kebersihan, sebab tu kita kena mandi. Allah sukakan hamba yg kuat, sebab tu kita kena makan sekadarnya dan tidak berlebihan. Allah suka hambaNya yg berilmu krn ilmu tu adalah cahaya dan cahaya takkan masuk kalau hati kita kotor penuh dosa, sebab tu kena belajar dan tuntut ilmu di samping perbanyakkan istighfar sbb manusia takkan lepas dari buat dosa.

ikatan persaudaraan, paling manis bila ikatan tu atas dasar ikatan akidah.
'dan Dia (Allah) yg Mempersatukan hati mereka(org2 yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana' [8:63]

Angan2 tu akan jd 1 angan2 kosong bila kita tak berusaha utk capai angan2 tu.. kalau dulu selalu berangan2, tapi tidak ada usaha langsung..Banyaknya waktuku sia2..tapi, alhamdulillah Allah tegur kesalahanku ini, tanda Dia sayang hambaNya. sedang berusaha merealisasikan angan2 itu.. subhanallah Allah mudahkan jalan. satu persatu impian tercapai.

setiap kata2 akan diuji olehNya. smoga kita istiqamah dlm setiap amaln yg kita lakukan..insyaAllah!!!

Saturday, January 1, 2011

ukhuwwah fillah abadan abada



sayang, rindu mula membuak pada mereka semua.. semoga kita sama2 menjadi ruhul jadid, yg akan terus menerus bekerja untuk mencari redha Allah, dan semoga kita sama2 bertemu di syurga kelak, bertemu idola2 kita di syurga, semoga hati kita terus terikat dgn ikatanNya.

jazakillah khair buat semua, yang sudi berkongsi pengalaman, mentransfer iman masing2 agar sama2 dirasai tingginya iman kita, sama2 bertemu, berkongsi kisah suka duka berada di jalan ini... semoga Allah tsabatkan kita di jalan ini...

sudah mula jatuh cinta, pada jln ini...
selama ni masih terkapai2 mencari suatu keyakinan
alhamdulillah telah kutemui keyakinan itu
keyakinan pada Allah yg paling utama
lantas akibat dari keyakinan itu, akan timbul usaha2 dan langkah2 gigih untuk sama2 berkongsi rasa dgn muslim yg lain..sama2 menjadi mukmin sejati

alhamdulillah, syukur yg teramat diucapkan kpd Allah yg memegang hati ini..
alhamdulillah Allah bukakan hati kita untuk sama2 kita berusaha menjadi muslim sejati

kepada yg membaca post ini, ingatlah yg kita hanya merancang tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNya, Dia tidak akan menzalimi hambaNya. yakinlah, kebahagiaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah

jangan mudah putus asa, Allah sedang menghitung usaha2 mu... dan Dia telah menjanjikan syurgaNya buat hamba2Nya yg beriman.

kita belum betul2 beriman selagi kita tidak diuji.. tabahlah menghadapi ujian dariNya.. kelak kau akan tersenyum di syurgaNya.. insyaAllah