Sa'ad bin Abi Waqqas berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa."(HR. Bukhari)
Mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai Allah timpakan ujian berturut-turut supaya kita kembali mengingat dia... Mengadu padaNya, Merintih padaNya, Memohon kekuatan dariNya...
Ampuni hambaMu yang lemah ini.