Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Friday, March 20, 2009

(^_^)


Special thanks 2 my housemates (pijot+faraha+zatie+lia) yg sudi menyambut hari ulangtahun kelahiranku ke dunia ini. Terasa cepat masa berlalu, terasa makin banyak kewajipan yang belum ditunaikan. Terasa makin dekat ajal. Terasa belum menyumbangkan apa2 untuk Islam. Mungkin esok adalah permulaan baru.InsyaAllah.Semoga apa yang akan disampaikan adalah keluar dari hati.Nawaitu lillahi taala.

Kepada usrahmates (dayah+zie+nadia+nurul+kamila+timah+daling+aan) dan murabbi (kak mila+kak el) yg disayangi, semoga ukhwah kita terus kukuh. Tak pernah terfikir akan mendapat keluarga kedua seperti kalian. Best sgt2 ukhwah kerana Allah.

Mesej dari Mak: Happy birthday. Moga Allah berkati spjg masa. Luv u so much.

Rindu kepada keluarga di sana. Semoga Allah berkati sepanjang masa.

Wednesday, March 18, 2009

~Bertambahnya Usia....

Ya Allah,
Banyaknya kewajipan yg belum aku tunaikan,
Betapa sayangnya Engkau pada hambaMu ini,
Masih diberi kesempatan,
Untuk bertaubat,
Untuk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik,
Untuk mengamalkan akhlak sebagaimana akhlak seorang Muslim,
Bantulah kami Ya Allah,
Teguhkan hati kami!
Ampuni dosa2 kami!
Berilah petunjuk kepada kami,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Penyayang
Amiin Ya Rabbal 'Alamin

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul~


Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita, di akhir hayat baginda hanya memikirkan kita, umatnya.
Masihkah kita ingin hanyut dengan kehidupan dunia yg penuh tipu daya ni??? sama2 la kita fikir.
Rasulullah s.a.w telah banyak berkorban demi menegakkan Islam di muka bumi ini. semoga kita menghargai dan mencintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati kita.
Jaga la hati, jauhi maksiat. berhenti la mengingati org2 yg xsepatutnya kita ingat(kekasih,awek atau sebagainya) sbb ini akan meninggalkan titik2 hitam dlm hati kita yg lama2 hati kita akan jd kotor,berpenyakit.

sama2 la kita jaga hati kita!

Sunday, March 8, 2009

Indahnya Alam


Subhanallah,
Indahnya alam yg Allah cipta,
Sungguh, dalam diri kita ni pun dh ada tanda2
kebesaran Allah,
Jadilah hamba yg bersyukur!
Ya ALLAH,
Bantulah kami melawan musuh kami!
Syaitan yg sentiasa bekerja utk merosakkan hambaMu ini.
Engkaulah Pelindung kami


Friday, March 6, 2009

Pengajaran Pada Hari Ini

Exam takleh jawab
~Sebab ape?
Sebab tak habis baca
~Kenapa tak habis baca? Masa tak cukup ke? Bukan ke sume manusia Allah bagi 24jam sehari?
Banyak buang masa buat benda tak berfaedah
~Bukan ke dari dulu lagi kata nak berubah? kenapa tak istiqamah?
Emm....
~sekarang salah siapa? exam yg tetiba awal? nota yg tak abis baca? masa tak cukup?

Peringatan utk diri sendiri dan sesiapa yg baca ni:

Nanti di akhirat akan ditanya apa yg kita buat MASA MUDA. Masa2 kita terisi dengan ape je? Muhasabah la diri!

Maka:-
-Guna masa sebaik mungkin. masa lebih berharga dari harta benda
-Amalkan ilmu2 yg dah didapat. share ngan org lain. supaya mudah istiqamah
-Jaga SOLAT!!! Jaga hubungan dgn Allah

'Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran'[al-'Ashr]

Sunday, March 1, 2009

Bedah Buku: Empat Racun hati

Buku: Tazkiyatun Nafs

Dapat 1 info yg menarik.

Hati

Hati adalah pemimpin bg badan kita.Hatilah yg mengarahkan anggota badan kita utk wat pape je.kalo hati 2 xdikawal, maka terjadilah kes2 yg xsepatutnya dibuat oleh kita yang mengaku sebagai org Islam.

Dalam usaha membaiki diri sendiri, maka kutulis apa yg masih kurang dlm diri ini.terutama dalam mendidik hati.

Terdapat 3 jenis hati:

1- Hati yang sihat
2- Hati yang mati
3- Hati yang sakit

Allah berfirman:
'Adalah hari, yang mana harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang-orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat'[As.Syu'ara:88-89]

Hati yg sihat = hati yg bebas dari setiap syahwat, bebas dari keinginan yg bertentangan dgn perintah Allah dan dari setiap syubhat, bebas dari ketidakjelasan yg menyelewang dari kebenaran.

Hati yang mati = hati yang xkenal sape Rabbnya dgn kata lain, xberibadah.

Hati yang sakit
= hati yg padanya ada kecintaan, keimanan, keikhlasan dan tawakal kpd Allah dan dlm masa sama ada kecintaan dan ketamakan terhadap syahwat, hasad, sombong dan sifat ujub.

EMPAT RACUN HATI


Yg ni yg buat ak tertarik

-Banyak bicara
-Banyak makan
-Banyak memandang
-Banyak bergaul

Wah, macam selalu je ak buat...hmmmmm...ni rupanya racun hati.yg boleh merosakkan hati kita.

Banyak Bicara

-Yang penting untuk elak dari banyak bicara adalah dgn menjaga lidah kita. bykkn berzikir
-Berkata yg baik2 atau diam

Banyak Makan
-Kat sini dikatakan makan sedikit dapat melembutkan hati, menguatkan daya fikir, membuka diri, serta melemahkan hawa nafsu dan sifat marah.
-Makan banyak adalah sebaliknya....baruku tahu....

Banyak Bergaul

-kna pndai pilih org utk kita bergaul.kalo yg boleh membawa kepada kesesatan baik tinggalkan.ibarat kita memerlukan mknn, kita pasti nk mknn yg bergizi dan org2 yg patut kita bergaul adalah org yg mmbawa kita kpd kebenaran.

Banyak Memandang

-Rasulullah s.a.w bersabda:
'Pandangan itu adalah panah beracun iblis. Barangsiapa menundukkan pandangannya kerana Allah, Dia akan memberikan kepadanya kenikmatan dalam hatinya yang akan ia rasakan sampai bertemu denganNya' HR Thabarani

Banyak perkara yg kita xsedar sebenarnya yg bleh merosakkan hati kita

~Ya Allah, peliharalah hati kami.Ampunilah kami sekiranya kami melakukan dosa2.Engkaulah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang~