Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Tuesday, December 16, 2008

Kembali ke sekolah~


Assalamualaikum...

Sebenarnya hal ni dh lama fikir. baru rasa nak tulis. hal yang berkaitan ngan apa aku buat kat sekolah dulu. especially jadual harian mase kat sekolah yang telah diatur. memang macam robot la ikut jadual tu tapi sebenarnya banyak faedah yang boleh kita dapat sebenarnya kalo kita ikut jadual macam kat sekolah.

MASA

Kuliah aku stat kul 9 pagi waktu Malaysia & kul 8 pagi waktu Indonesia. lebih kurang je sebenarnya waktu Malaysia & Indonesia cume nombornya berbeda.

Kalo nak compare ngan jadual kat sekolah dulu (sekolah berasrama penuh a.k.a SBP), kul 7pg dah kena kosongkan asrama. kul 7.20pg perhimpunan pagi dan kul 7.40pg dah stat kelas. betapa pack nye jadual.malamnya kul 11.45mlm dh light off. kalu difikirkan kembali mmg bertepatan la apa yg dianjurkan Islam. yg mana waktu malam dijadikan untuk istirehat dan waktu pagi utk bekerja.

Tapi masalah sekarang bila dah kena urus diri sendiri automatik jadual harian berubah.memang la berubah sebab kita dah x gi sekolah tapi kenapa xamalkan je apa yg dibuat waktu sekolah- bangun awal pagi, tido pn awal jgk sbb nk bangun awal esoknye.ni bercakap melalui pengalaman la.bila kelas stat lambat je, mula la membuang masa. masa lepas subuh la paling berharga sebenarnya sebab otak pun fresh lagi. nak hafal ape2 pn senang. terutama ayat2 Quran. huhu.. kalo la dari dulu lagi terfikir macam ni, insyaAllah masaku terisi ngan benda2 ada faedah.

QIAMULLAIL

Kalo hari jumaat pulak ada wat qiamullail. masa jahil2 dulu xtau la dengan jelas apa kepentingan qiamullail sampaikan nak wat qiamullail 2 malas. kalo time nak exam bleh plak bangun awal nak study. hhmmmm...

SARUNG KAKI

Masa kat sekolah dulu cikgu disiplin wajibkan pelajar perempuan utk pakai sarung kaki. memang ramai yang protes sebab tak tahu apa tujuan sebenar dari pemakaian sarung kaki tu. padahal sume dah tahu yang kaki tu aurat dan kebanyakan dari pelajar perempuan termasuk aku pada waktu tu amik hal ni sambil lewa je pasal aurat kaki ni. hmmm.. kalo la semua perempuan sayang nak bukak aurat kaki pasti kaki2 mereka tertutup rapi bagaikan permata dibaluti sutera.

MAKSIAT

Dulu memang maksiat agak berleluasa kat sekolah (maksiat ni ada byk, hati,lidah,perbuatan). walaupun ramai xsedar. ramai yang lalai, termasuk la aku ni. tapi Alhamdulillah sekarang dah tahu sume tu. segala yang berlaku ada hikmahnya. walaupun aku boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran waktu kat sekolah dulu tapi aku rasa tu xpernah menyedapkan hatiku sendiri sebab aku ingkar perintah Allah. dan banyak lagi perkara2 yg xsepatutnya aku lakukan di atas bumi ni. tapi Allah Maha penyayang. Alhamdulillah Allah berikan aku petunjuk.

~marilah kita kembali ke sekolah.hehe.... fikirla dulu sebelum wat apa2. gunakan akal yg Allah bagi dengan sebaik2nya.