Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Monday, October 25, 2010

Asma Allah~Tenang =)



ASMA ALLAH

Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami’
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra’uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da’fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu’izu a’izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du’aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

Psikologi


Teringat suatu hari dalam jaulah pairing kat 1 padang, terjumpa sorang ahli psikologis dgn anak angkatnya keturunan negro.

katanya' Kamu seorang yang penyayang dan mudah dikecewakan. Neng, kamu jangan terlalu mudah sayang dan menaruh harapan yang tinggi pada seseorang, kelak kamu akan kecewa'...terkejut jgk bila dia dapat baca peribadi kita + siap bagi nasehat lagi...agak menyeramkan..

Dalam hati menidakkan apa yg dia katakan walaupun kadangkala terasa ada betulnya...Penyayang tu memang sifat nabi, jadi tak salah untuk punya sifat itu.kecewa? mungkin pernah rasa kecewa, tapi benda dah lepas buat apa dikenang. cakap 1000patah kata pun takkan dapat membaiki benda yang dah jadi.takkan dapat menormalkan balik kepada asal.takkan dapat mengubah apa2 kalau masih mempertahankan ego diri. 'kecewa' tak patut ada sebab apa2 yang terjadi adalah takdir dari Allah. kena belajar untuk terima apa saja yang terjadi, kena terima apa saja sifat manusia.perjalanan masih jauh...

Tertanya2 juga, boleh ke manusia baca peribadi seseorang walaupun baru pertama kali jumpa.? bahaya juga orang mcm ni...tapi kadang2 ada baiknya juga.

Apa-apapun, kembali semula kepada Allah...kalau ada orang boleh baca peribadi kita, apatah lagi Allah yang Maha Melihat kita. bukan setakat peribadi, semua benda pun Allah tahu, Allah tengok dan ada malaikat yang mencatat...

Subhanallah, kalau kita rajin muhasabah diri,sebenarnya setiap hari ada tarbiyyah dari Allah, murobbi yang Agung. Thank you Allah!

-semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.insyaAllah

Friday, October 22, 2010

doa hamba



Sumber: iluvislam

Wednesday, October 20, 2010

Hati

Bila hati kering, mula timbul bermacam penyakit
Lama-lama akan menyebar kepada yang lain
Lama-lama hati menjadi keras, lebih keras dari batu
Mula berkira2, berhitung2, kikir
Mula timbul ragu2, riak
Mula tertarik kepada benda2 dunia yang sepatutnya tidak menarik
Mula timbul sakit hati pada yang lain
Mula mencari2 kesalahan orang lain
Bermula bermacam2 penyakit.....bila hati tidak mengingatiNya
Sifat berlapang dada makin jauh
Sifat bertangguh mula timbul...
Padahal masa tak menunggu pun kita

Ajal bila2 akan datang
Manusia mudah lupa
Tak menghargai apa yang Allah bagi
Tak mensyukuri nikmatNya

rasa tidak layak untuk segalanya namun Allah masih memberi kita rahmat
Bersyukurlah, sebelum segalanya terlambat
belum terlambat utk mengubah segalanya

Sunday, September 12, 2010

Didikan ibu ayah,bagaimanapun ia, itu yang terbaik


Renung2 kembali di mana silap
Sebenarnya tiada siapa yang silap
Semua itu takdir dari Allah
Hujung2 sesuatu perkara tu bila difikir2 adalah takdir dariNya
Ini yang terbaik
Sayangi mereka, berikan hak yang sepatutnya pada mereka
Jangan sekali2 salahkan sesiapa
Kerana itu takdir dariNya
Sekali menyalahkan, bermakna turut menyalahkan ketentuan Allah
Yang mana ketentuan itu yang terbaik
yang penting SABAR, tunaikan tugas sebagai ahli keluarga dengan baik

Keluarga anugerah Allah
Sayangi mereka
Dunia dan Akhirat

Saturday, September 11, 2010

Kenapa dengan dirimu?

Kenapa harus tunggu ditegur andai dah tahu sesuatu perbuatan tu salah
Kenapa harus buat sesuatu yang salah bila kecewa dengan sesuatu yang kita tak berjaya dapatkan
Kenapa nak rosakkan pendirian diri bila kecewa dengan benda yang salah
Kenapa runtuhkan ego pada sesuatu yang salah
Kenapa sedih dengan peristiwa yang dah terjadi
Kenapa salahkan takdir andai itu yang terbaik dari Allah
Kenapa menjerumuskan diri dengan sesuatu yang salah
Kenapa tidak tetap pada pendirian
Kenapa jadi makin teruk, makin tidak pandai menjaga diri
Padahal diri sendiri punya hak untuk dijaga dengan baik
Iman, suatu yang sukar dipertahankan, hargai bila adanya iman
Mungkin bila iman tidak dijaga, iman akan lari

teguhkan peribadimu
jangan leka dengan dunia
jangan mudah kecewa dgn benda yang tak pasti
jangan berhenti berharap pada Allah
Dia tahu yang terbaik buatmu
wahai gadis hiasan dunia
hijablah hatimu dengan sesuatu yang tidak halal bagimu
jangan kotori dengan zina hati
ikhtilat yang salah, boleh merosakkan hati....

Saturday, August 28, 2010

Keindahan Tawakal


Berusahalah seakan-akan tiada lagi tawakal, bertawakallah seakan-akan tiada lagi usaha
Tawakal, mewakilkan...

Allah lah yg menjadi wakil kita(al-Wakil), pemelihara kita...
Tiada lain melainkan Allah...
Dialah Penjaga kita,
Dialah pemelihara kita,
Dialah murobbi agung kita,
Dialah yang mengetahui segala2nya tentang kita,
Dialah yg Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat...
Dialah yg layak disembah..
Dialah segala2nya..,
Beruntung siapa yg berusaha menggapai CINTANYA......

'dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara'[33:3]

'Katakanlah: "Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari dari (azab Allah) Yang Maha Pemurah?"[21:42]

Sesungguhnya usaha dan tawakal adalah suatu yg terpisah, tawakal datang dari hati, usaha datang dari perbuatan....

Usahalah sebanyak2nya, kerana setiap usaha dihitung olehNya
Tawakallah sebanyak2nya, kerana Dia menilai apa yg ada dalam hati kita

Duhai hati yang mudah lalai dari mengingatiNya
Semoga di bulan mulia ini, hati menjadi suci, sesuci titis embun pagi....

Hidupkan malam sepimu dengan bertemu dgnNya, mudah-mudahan hati yang keras membeku menjadi lembut, selembut sutera, bahkan lebih lembut..

Doa Istikharah

Ya Allah, aku minta yang terbaik padaMu dengan ilmuMu, aku minta ketetapan padaMu dengan qudratMu, aku minta padaMu dari kurniaMu yang agung, maka sesungguhnya Engkau kuasa, sedang aku tidak; Engkau tahu, sedang aku tidak; Engkaulah Yang paling tahu keghaiban. Ya Allah, jika Kau Mengetahui kalau perkara ini----keinginan----baik bagiku, agamaku, hidupku dan akhir urusanku, maka mampukanlah aku, mudahkan ia bagiku, lalu berkatilah aku. Dan jika Kau mengetahui kalau perkara ini buruk bagiku, agamaku, kehidupanku maupun akhir urusanku, maka jauhkanlah ia dariku, dan jauhkan aku darinya. Tetapkan bagiku yang lebih baik apapun juga, lalu redhakan aku dengannya [HR Bukhari dan Imam Ahmad]

Semoga apa2 yang berlaku dalam hidup kita, kita redha...kerana itu tanda kasih sayangNYA..
Dia menemani, di setiap langkah, di setiap waktu, di setiap perbuatan...
Dia yang memberi apa yang terbaik untuk kita
La tahzan innallaha ma 'ana

-All da best kepada yg akan menghadapi SOCA-
Berusaha n TAWAKAL!!!

Thursday, August 26, 2010

Idola

Siapa idola kita??

Siapa yang layak jadi idola kita??

Kalau ditanya anak2 muda, rata2 meng'idola'kan artis2....inilah tanda2 kecil kiamat yg mana telah nabi katakan 1400++ tahun dahulu...

Berilah mereka peringatan dengan hari yang dekat (hari kiamat yaitu) ketika hati (menyesak) sampai di kerongkongan dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafa'at yang diterima syafa'atnya. [40:18]

Allah dah kata dalam Quran, kiamat tu dah dekat...1400 dahulu...astargfirullah...sangat2 dekat dah hari yang sangat dahsyat tu...

Kagum dengan sorang adik... mariam muhammad(bukan nama sebenar)...ditanya kenapa guna nama ni? Mariam(ibu kepada Nabi Isa) dan Nabi Muhammad s.a.w tu idolanya...subhanallah..
sangat sweet... =)

semoga dikau tetap istiqamah, pegang janji2 Allah..Siapa yg menolong agamaNya, insyaAllah Allah akan menolongnya..

Doakan kami di sini juga!


Monday, August 23, 2010

Fenomena Azan


Subhanallah... tak berhenti pun laungan azan...
Mari menyahut seruanNya!
Jom tunaikan solat~

Sunday, August 22, 2010

Sekolah Harapan untuk pelajar hamil

Dipetik dari Utusan

Oleh AMRAN MULUP

utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 21 Ogos – Sekolah menengah untuk remaja hamil luar nikah yang dijadual dibuka oleh kerajaan negeri pada 1 September ini akan dikenali sebagai Sekolah Harapan.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, nama itu dipilih berdasarkan tujuan sekolah tersebut diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar yang hamil luar


nikah kembali ke pangkal jalan.


Menurutnya, sejak kerajaan negeri mengumumkan akan mewujudkan sekolah tersebut, ramai ibu bapa dari negeri ini telah menghubungi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk


menghantar anak mereka yang sedang hamil.


‘JAIM juga dihubungi oleh ibu bapa dari luar negeri ini yang turut berminat memasukkan anak mereka ke Sekolah Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan kira-kira 250 anak yatim di Masjid Pulau Samak, Batu Berendam di sini semalam.

Anak yatim tersebut dari Rumah Anak Yatim Semarak Kasih, Bemban, Jasin; Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin, Paya Rumput (Payasum).

Turut serta ialah Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Bukit Pegoh; Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil dan Sekolah Anak-Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah, Pantai Puteri.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sekolah tersebut yang menggunakan bangunan dua tingkat milik Syarikat Air Melaka di Jasin, kini sedang dibaik pulih sebelum ia dibuka untuk sesi pembelajaran pada 1 September ini.

Menurut beliau, kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut sedang giat dijalankan dan dijangka siap menjelang hujung bulan ini.

‘‘Sekolah Harapan akan menyediakan empat buah kelas dan pada peringkat awal ini, sekolah ini mampu menampung antara 20 hingga 30 pelajar.

‘‘Sekolah ini akan menyediakan sesi pembelajaran pelajar dari tingkatan dua hingga lima termasuk mereka yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Mengenai tenaga pengajar katanya, guru-guru JAIM akan ditempatkan ke sekolah tersebut untuk mengendalikan sesi pembelajaran.

Selain itu kata Mohd. Ali, Pusat Bimbingan Islam JAIM di Jasin pula akan dijadikan sebagai tempat menginap pelajar sekolah berkenaan.

Menurutnya, rumah tersebut yang juga dikenali sebagai Rumah Harapan mempunyai empat bilik dan beberapa kemudahan seperti katil, televisyen dan peti sejuk mampu menampung sebanyak 10 penghuni.

‘‘Jika terdapat lebih daripada 10 penghuni ada kemungkinan kita akan mendapatkan rumah lain,” ujarnya.

Beliau yakin, penubuhan sekolah tersebut dapat membendung gejala pembuangan bayi tidak berdosa, termasuklah di tempat pembuangan sampah.

End


~~Hanya satu sebab terjadinya benda2 macam ni iaitu --> TAK KENAL PENCIPTA


Bila kita tak kenal Allah, kita akan rasa bebas melakukan apa saja, tak takut pada AZAB NERAKA yang menyala2 (kena minyak panas sikit pun dah pedih, apatah lagi neraka)..

Padahal Allah sentiasa memerhatikan hamba2nya...Dan Allah dah larang perbuatan zina ni..

'Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.[24:31]


Bertaubat sebelum terlambat!!!

Mana pergi sifat kasih sayang seorang ibu pada anaknya?? Sedih....

Tausiah Hari Ini =)




Salam sayang semua :)

Jalan2 kat blog nanot, terkesan dgn kata2 ni...

Jika ALLAH menghendaki kehancuran bagi seseorang, ALLAH akan menyeksanya dengan tiga perkara,
"ALLAH memberinya ilmu tetapi tidak diamalkan,
memberinya kesempatan bergaul dengan orang-orang soleh,
tetapi ia tidak memahami hak-hak mereka,
memberinya kesempatan beramal soleh tetapi tidak ikhlas mengamalkannya."


Takut, andai termasuk dalam golongan ni.. na'uzubillah
Selagi masih bernyawa, menghirup udara segar pemberian Allah ni, selagi itulah adanya kesempatan untuk buat sehabis baik di dunia utk kehidupan akhirat....


'Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya' [84:6]


Suka ayat Allah ni, surah al-Insyiqaq... Manusia tu sebenarnya dah bersungguh2 untuk menuju Allah, cuma sama ada menuju dengan cara baik atau dengan cara sebaliknya.. beruntung org2 yang menuju Allah dengan cara yg baik..


Paling suka ayat ni:

'Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku. masuklah ke dalam syurga-Ku' [89:27-30]


Allah ajak kita masuk syurgaNya!!!!
Tawaran yg sangat hebat...bestnya bila dapat tinggal di tempat yang mana kita dilayan bak raja atau permaisuri, duduk di atas sofa2 yang empuk...
Tapi kena la buat sesuatu: IKUT PERINTAH ALLAH...

Lumrah manusia, bila nakkan sesuatu yang baik, pastilah dia kena buat yang terbaik..

Jadi, jom sama2 kita jadi hambaNya yang terbaik.. free of charge!!! xperlu gadaikan apa2 harta... cuma perlu beribadah padanya, dan sebarkan agamaNya kepada semua orang~

Saturday, August 21, 2010

Taubatan Nasuha


Salam alaik...

Hidup ini tiada lain melainkan utk menjadi hamba pada Yang Maha Mengetahui... dan berkongsi nikmat islam dan iman kepada org lain..

Ya Allah, sesungguhNya Engkau tahu apa dalam hati ini..
Dan Ya Allah, betapa sayangNya Engkau pada kami, masih memberikan kami waktu, untuk kami merenung kembali ke dalam diri kami, kesalahan kami padaMu,
Ya Allah, andai kata2 ini bukan diniatkan keranaMu, pasti aku akan rugi...
Ya Allah, hambaMu ini lemah, dan sangat leka dan lalai, ampuni kami Ya Allah,
Ya Allah, syukur kepadaMu, kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri,
Ya Allah, masukkan lah kami ke dalam org2 yang soleh
Ya Allah, sesungguhnya aku tidak dapat membaca apa yang ada dalam hati orang lain, bantulah aku untuk berlapang dada, memaafkan,
Ya Allah, lembutkanlah hati kami yang keras ini...
Ya Allah, aku tahu dengan ujian lah yang mendekatkan kami padaMu,
Ampunkan kami andai kami leka
Ya Allah, bantu kami untuk bertahan dalam menghadapi ujianMu

rindu angah, semoga tetap semangat!



Friday, August 20, 2010

orang yang paling rugi


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Astargfirullah, semoaga tiap2 kata2 ni dikira sebagai amal utkMu..

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. [18:103-104]

Sayangnya, bila mana kita mengklaim kita dah buat kerja, tapi timbul riak dalam diri...

Sayangnya, bila mana ada cara terbaik utk memperindahkan akhlak saudara kita, tapi cara yang sebaliknya yg dilakukan...sedangkan Rasulullah sangat2 mementingkan akhlak bermanis muka, bertegur sapa... Allah pun ada menegur Nabi dlm surah Abasa...supaya tidak bermasam muka

Sayangnya, bukankah semua muslim itu bersaudara...

Sayangnya dan sayangnya...

Ya Allah, hambaMu yg serba lemah ini hanya mampu berdoa, semoga tiap ujian yg Kau berikan dihadapi dengan sabar dan cara yg berhikmah, cara yang lembut...

Suka kata2 sorang ni
Jangan mengharap lebih bila kita tidak memberi lebih.. jangan mudah menunding jari bila apa yg kita nakkan tu tak dapat..

Kata2 dari murobbi:
Kita terlalu fikirkan masalah diri, padahal masalah luar sana lagi banyak...lagi parah

Allah Maha Adil
Dia la yang layak menghukum dan mengadili..

Dia tahu siapa yg benar2 bekerja di JalanNya.

Boleh jadi kita kuat di awal2 perjalanan, tapi tersungkur sebelum sampai garis penamat..

Jadi sama2 la kita perbetulkan niat kita..

Apa tujuan kita hidup??

Semoga ramadhan ini kita manfaatkan sebaik2nya.. Cari redhaNya.. perbetulkan akhlak kita...

Semoga Allah memasukkan kita ke dalam org2 yang Soleh

Sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar :)

Bukankah tugas kita menyampaikan Islam, menjadi hambaNYa ygbertaqwa, menjadi muslim yang sebenar, berakhlak seperti akhlak nabi.???

Jom sama2 MUJAHADAH MELAWAN NAFSU





Monday, July 19, 2010

Sahabat


Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya meninggikan takut pada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah


~Maaf, masih belum jadi sahabat yg terbaik buatmu, namun akanku cuba menjadi yg terbaik~

Friday, July 16, 2010

Hanya Allah tahu




Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan meng'azabmu, jika Dia menghendaki. Dan, Kami tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga bagi mereka. Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian nabi-nabi itu atas sebagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud. [17:53-55]


Tuesday, July 13, 2010

Ikhtilat

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [3:185]

Takutlah kepada Allah, ingatlah kematian boleh datang bila2

Monday, April 12, 2010

Kisah Best~ di zaman Umar al-Khattab

Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

- Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:
- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:
- Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:
- Bagaimana kamu membunuhnya?
- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :
- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:
- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:
- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?

- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:
- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:
- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:
- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:
- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:
- Adakah kamu mengenalinya?

- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?
- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:
- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:
- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:
- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:
- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:
- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?
- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:
- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:
- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

اللَّهُمَّ إِنّا نَعْلَمُ أَنَّ نَصْرَكَ آتٍ فَهَيِّئْ لَنا أَسْبَابَهُ وَاجْعَلْنا مِنْ جُنْدِكَ الغَالِبِينَ
اللَّهُمَّ عَجِّلْ بِالفَرَجِ يَا مَنْ بِيَدِهِ مَفَاتِيحُ الفَرَجِ
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَالِحَ الأَعْمَالِ وَاجْعَلهَا خَالِصةً لِوَجْهِكَ الكَرِيمِ..