Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Thursday, January 29, 2009

Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia


PESANAN UNTUK SAUDARA SEAKIDAHKU DARI BUMI PALESTIN

Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

http://palestinkini.info/?p=975


Saudaraku, hati ini telah diikat dengan ikatan akidah yang satu, Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?!!

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas KELEMBAPAN anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…

Allah Akbar!!!

(hanya sebahagian dr isi surat yg asal)

Saudaraku,

Sedikit sebanyak pasti kita terkesan dengan pesanan ini. Apakah setakat TERKESIMA 5 minit dan kemudian KEMBALI KE KEHIDUPAN BIASA atau terbang ke Palestin untuk ikut BERPERANG??? Mungkin tidak... Berdoa dan boikot itu pasti. Tapi adakah itu cukup? Kalau nak dibandingkan dengan jeritan dan tangisan kesakitan mereka. TIDAK!!!

Ini bukan tugas HAMAS sahaja. Tapi ini TUGAS SETIAP YANG BERGELAR MUSLIM. Lain la kalau kita ni Islam pada nama.

SEDARLAH teman-teman! Islam itu akan menang. Ini JANJI ALLAH. Beruntunglah siapa yang menjadi penolong agama-Nya. Adakah kita termasuk dalam golongan yang menolong atau sekadar penonton yang menyokong dari jauh.???

Lihatlah Islam di sekeliling kita. Kalau rakyat Palestin melihat keadaan Islam sekarang, pasti mereka berasa perjuangan dan penderitaan mereka selama 60 tahun lebih itu sia-sia.!

Teruskan dengan DOA dan BOIKOT kita. Dalam masa yang sama, didklah diri kita dan juga persekitaran. Sama-sama kita bina semula Islam yang sebenarnya. Ambillah pengajaran dari naik turunnya Empayar Islam suatu ketika dahulu.

Semoga kita termasuk golongan yang MENOLONG AGAMA ALLAH.


~Hanya gerhana....bukan terbenamnya matahari...yakinlah dengan kebangkitan ISLAM~