Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Tuesday, August 19, 2008

~sayonara jahiliyyah~


Dahulu....
Pernah diri ini jatuh ke lembah jahiliyyah...
Pernah diri ini lalai dari mengingati Sang Pencipta...
Pernah diri ini menyakiti hati ma dan abah...
Pernah diri ini tidak menghargai sahabat2 yg ikhlas berkawan...
Pernah diri ini merasa kesal kerana gagal dalan peperiksaan...
Pernah diri ini meninggalkan apa yg wajib dilakukan...
Pernah diri ini leka dengan hiburan dunia...
Pernah diri ini merasa terlalu cintakan dunia...
Pernah diri ini bersangka buruk kepada orang lain...
Pernah diri ini berasa bangga akan kelebihan diri...

Kini....
Baru ku sedar betapa jahilnya aku...
Baru ku sedar akan tujuan penciptaanku...
Baru ku sedar akan pentingnya keberkatan dari ma dan abah...
Baru ku sedar betapa pentingnya sahabat untuk saling mengingati...
Baru ku sedar bahawa rezeki telah ditetapkan Allah...
Baru ku sedar betapa kita perlu melakukan apa yg wajib...
Baru ku sedar dunia ini sementara...
Baru ku sedar dunia ini semakin merosakkn akidahku...
Baru ku sedar yg aku tiada kuasa untuk menilai org lain...
Baru ku sedar bahawa kelebihan diri adalah kurniaan Tuhan Yg Maha Agung...

Dan aku bersyukur kerana aku terpilih untuk berada di JALAN ini...
Jalan yg memerlukan banyak pengorbanan...
Jalan yg diredhai Allah...
Jalan yg menyeru semua org ke jalan yg benar...
Jalan di mana masih ramai yg belum sedar akan pentingnya jalan ini...

Ya Rabb,
Tetapkanlah hati kami di Jalan ini...
Tetapkanlah hati kami dalam Islam dan Iman...
Teguhkanlah ikatan ukhwah antara kami...
Tetapkanlah iman kami...
Jauhilah kami dari rasa gementar...
Terimalah taubat kami...
Berilah petunjuk kepada kami...
Ampunilah dosa2 kami...
Bukakanlah pintu hati kami agar memilih agamamu...
Aamiiin ya Rabbal alamin...

Aku...
Hanyalah hamba kepada Allah...
Serba kekurangan...
Harus tabah dalam menghadapi dugaan di dunia ini...
Ingin berubah...
Ingin meninggalkan zaman jahiliyyah...
Ingin merasai CINTA ALLAh...
Ingin mendalami Kitab Allah al-Quran...
Ingin mengikuti sunnah Rasulullah...

Semoga...
Allah tetapkan iman kami...

~sayonara jahiliyyah~