Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Wednesday, August 27, 2008

Kisah:Insan Terpilih~


Alhamdulillah..........

Memang cepat masa berlalu. dan umur semakin bertambah, semakin mendekati ajal. hati ini bertanya, apa yg sedang aku lakukan pada waktu ini. adakah amalku bertambah. adakah Allah ampunkan segala dosa2 ku.adakah aku ada melukai hati sesiapa. masih adakah orang yg berdendam padaku. masih adakah hutangku pada sesiapa. sekiranya ada, ampun dipinta dan halalkan apa yg telah kuambil. semoga Allah menerima taubatku....

Bila direnung kembali, banyak musibah telah menimpa diriku. rupanya Allah ingin aku sedar, dan kembali ke jalanNya.Alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih. walaupun perit, tapi semua keperitan itu tak terasa sbb rs bersyukur sgt2 sbb Allah masih hiraukan aku. kalaulah Allah tak hiraukan aku, mungkin aku telah hanyut di lautan duniawi.. Na'uzubillah

Alhamdulillah, rupanya Allah telah mengatur perjalanan hidupku yg memang aku tak pernah terpikir pn. study kat jakarta... banyak hikmah di sebalik penghijrahanku ke jakarta ni. tak pernah aku sangka yg aku akan sampai ke tahap ini. rasa sgt bersyukur,aku terpilih..terpilih utk agama Allah.jgn salah tafsir. hakikatnya kita semua adalah khalifah Allah. cuma,tinggal kesedaran kita utk pikul amanah ini. jadi, sedar la sahabat2 sekalian. bersusah2 dulu di dunia, insyaAllah akan dpt balasan di akhirat nanti sekiranya amal kita ikhlas semata2 sbb Allah. dan aku terpilih kerana aku merasakan apa yg menimpa diriku adalah tanda ingatan Allah padaku.thank u Allah.!

Maaf kalau ada yg pelik ngan diri aku. manusia mana yg tak berubah. tak salah pun kalau berubah kepada yg benar. dan aku yakin aku di jalan yg benar.kekalkan aku di jalan ini ya Allah.

terima kasih tak terhingga kpd sahabat2 di trisakti yg banyak menolong ku supaya sedar. syukur kpd Allah sbb aku dpt sahabat2 yg byk menolongku..

Masih banyak yg aku harus pelajari. ilmu Allah dan ilmu dunia yg bermanfaat.dan aku sedang berusaha memanfaatkan masaku yg berharga ini.semoga Allah beriku kekuatan.

Jihad melawan nafsu adalah yg paling susah.kuatkan iman.InsyaAllah...

~aku adalah muslimah yg belajar~