Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Saturday, May 17, 2008

10 wasiat Imam Hasan al-Bana

Asy- Syahid Imam Hasan al-Banna dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1906 di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal separuh isi al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan pimpinan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).Ia memperjuangkan Islam menurut visinya hingga dibunuh oleh penembak misterius yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo. Kepergian Hasan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karya monumentalnya, yaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat . Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini. Ikuti pesanan Asy - Syahid kpd kita semua umat Islam ..

1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat... juga di medan perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.

2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4. Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa ! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
· untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
· untuk menghapuskan kemungkaran
· kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
· kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.."

Life in Jakarta


salam buat semua.
pertama-tama nak ucapkan syukur sangat sebab ditakdirkan belajar di Jakarta. ada hikmah yang saya dapat. banyak sangat. just nak cite sikit life kat Jakarta ni. walaupun boleh kata dekat je ngan Malaysia cuma 2 jam naik flight, tapi ni kire oversea jugak la.hehe.. tiba kat Jakarta pada 23 ogos 2007. tak sampai setahun pun lagi duk sini.tapi skarang dah masuk 2nd sem. makin lama makin susah subjek yang diambil. exam setiap 2 minggu. rasa dah immune dah dengan exam. hari pertama sampai, ada orang yang urus kami ke tempat tinggal. sepanjang perjalanan dari airport ke tempat yang akan kami tuju iaitu Grogol di Jakarta Barat, saya 'menikmati' pemandangan sekeliling. bila dah tengok negara orang ni terasa bertuah pulak tinggal di negara sendiri. Indonesia merupakan salah 1 negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. so, tak hairan la life rakyat kat sini ber'beda' dengan rakyat kita.agak lama juga menunggu untuk selesaikan semua urusan dari pagi sampai ke malam. malam tu baru la kami bertolak ke rumah masing-masing. bilik sewa kami kalau kat sini dipanggil kosan. oleh sebab takde penempatan khusus untuk pelajar malaysia, kami menyewa bilik bersama orang-orang Indonesia yang lain. hari pertama memang la rasa tak selesa yang amat. alhamdulillah rumah yang saya duduki paling dekat dengan kampus. sampai je kat bilik terus prepare untuk tidur.penat sangat. dari tempat tinggal saya, dapat dilihat rumah yang tersusun padat. kadang-kadang terdetik rasa kasihan kat diorang sebab masih ramai yang hidup susah. kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kagum juga kat diorang sebab sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit. hidup kat Jakarta perlu jaga diri sebaik-baiknya. dah la jauh dari family, semua kena uruskan sendiri. alhamdulillah, hidup kat sini mengajar saya jadi lebih berdikari, berhati-hati dalam melakukan apa saja. susah kalau tak pandai jaga diri sebab kat sini, apa pun boleh buat. takde orang nak larang. mula-mula tu susah jugak nak terima masakan indonesia walaupun kat sini makan nasik, tapi tetap ada bezanya. bila dah lama-lama, ok je makan. selalu jugak sakit perut. tak tahu la kenapa, mungkin hygiene makanan tu kurang kot. nak makan pun kena tengok baik-baik. silap-silap masuk hospital.kat sini biaya hosapital agak mahal. tak tahu la kenapa. maybe ada reason tertentu. setakat ni alhamdulillah saya tak pernah lagi masuk hospital.risau jugak kadang-kadang. hidup kat sini banyak sangat cabaran. dan cabaran ini sebenarnya mendekatkan diri kita pada Yang Esa. semoga Allah tabahkan hati kami dalam menghadapi dugaan hidup di dunia ini...aamiiin...

Ibu...

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana ..
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana ...
























SeLaMaT hArI iBu kEpAdA ma... ZaLiNa binti MaT ZiN... LuV u!!!!

Petua agar tidak lupa


Kita takkan terlepas dari lupa kepada sesuatu. saya ada dengar ceramah motivasi Dr Fadhilah Kamsah dan ni ada beberapa tips supaya tak mudah lupa...
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri

sepatah dua kata (^_^)


alhamdulillah... saya masih diberi kesempatan untuk membina blog saya sendiri. just untuk berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat semua. especially sahabat-sahabat se'kosan' dengan saya<>. hampir 9 bulan berada di bumi Indonesia. first time saya keluar dari Malaysia. saya memang tak sangka dapat belajar dalam bidang perubatan dengan result matrix yang tak seberapa. tapi, alhamdulillah... saya dah ditakdirkan belajar dalam bidang perubatan walaupun bukan di tanah air. masih segar diingatan waktu di'interview' oleh pegawai MARA untuk tajaan belajar medic di Jakarta. sangat-sangat gelabah masa tu. alhamdulillah, dapat ke jakarta juga akhirnya. terharu bila teringat abah yang sanggup bersusah payah untuk memastikan semua dokumen-dokumen yang diperlukan lengkap. banyak juga wang abah melayang. inilah satu cara yang abah lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada anak-anaknya. sanggup berkorban apa saja untuk masa depan anak-anak. waktu mendapat panggilan dari pegawai MARA yang mengatakan saya terpilih untuk ditemuduga bagi tawaran belajar di indonesia, orang yang pertama saya inform adalah ma. ma nampak berat untuk membenarkan anaknya ini belajar di Indonesia. ye lah, jauh dari rumah. negara orang pulak tu. tapi akhirnya ma merelakan demi masa depanku yang masih samar-samar sebenarnya. amat berat bagi seorang ibu melepaskan anaknya ke negara orang. dan saat ini saya masih di sini. perjalanan masih panjang. saya harus tempuhi dengan sabar. dan dalam masa yang sama, saya ingin membaiki diri yang serba daif ini ke jalan yang benar ~ I LUV ISLAM ~