Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Saturday, May 17, 2008

Life in Jakarta


salam buat semua.
pertama-tama nak ucapkan syukur sangat sebab ditakdirkan belajar di Jakarta. ada hikmah yang saya dapat. banyak sangat. just nak cite sikit life kat Jakarta ni. walaupun boleh kata dekat je ngan Malaysia cuma 2 jam naik flight, tapi ni kire oversea jugak la.hehe.. tiba kat Jakarta pada 23 ogos 2007. tak sampai setahun pun lagi duk sini.tapi skarang dah masuk 2nd sem. makin lama makin susah subjek yang diambil. exam setiap 2 minggu. rasa dah immune dah dengan exam. hari pertama sampai, ada orang yang urus kami ke tempat tinggal. sepanjang perjalanan dari airport ke tempat yang akan kami tuju iaitu Grogol di Jakarta Barat, saya 'menikmati' pemandangan sekeliling. bila dah tengok negara orang ni terasa bertuah pulak tinggal di negara sendiri. Indonesia merupakan salah 1 negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. so, tak hairan la life rakyat kat sini ber'beda' dengan rakyat kita.agak lama juga menunggu untuk selesaikan semua urusan dari pagi sampai ke malam. malam tu baru la kami bertolak ke rumah masing-masing. bilik sewa kami kalau kat sini dipanggil kosan. oleh sebab takde penempatan khusus untuk pelajar malaysia, kami menyewa bilik bersama orang-orang Indonesia yang lain. hari pertama memang la rasa tak selesa yang amat. alhamdulillah rumah yang saya duduki paling dekat dengan kampus. sampai je kat bilik terus prepare untuk tidur.penat sangat. dari tempat tinggal saya, dapat dilihat rumah yang tersusun padat. kadang-kadang terdetik rasa kasihan kat diorang sebab masih ramai yang hidup susah. kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kagum juga kat diorang sebab sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit. hidup kat Jakarta perlu jaga diri sebaik-baiknya. dah la jauh dari family, semua kena uruskan sendiri. alhamdulillah, hidup kat sini mengajar saya jadi lebih berdikari, berhati-hati dalam melakukan apa saja. susah kalau tak pandai jaga diri sebab kat sini, apa pun boleh buat. takde orang nak larang. mula-mula tu susah jugak nak terima masakan indonesia walaupun kat sini makan nasik, tapi tetap ada bezanya. bila dah lama-lama, ok je makan. selalu jugak sakit perut. tak tahu la kenapa, mungkin hygiene makanan tu kurang kot. nak makan pun kena tengok baik-baik. silap-silap masuk hospital.kat sini biaya hosapital agak mahal. tak tahu la kenapa. maybe ada reason tertentu. setakat ni alhamdulillah saya tak pernah lagi masuk hospital.risau jugak kadang-kadang. hidup kat sini banyak sangat cabaran. dan cabaran ini sebenarnya mendekatkan diri kita pada Yang Esa. semoga Allah tabahkan hati kami dalam menghadapi dugaan hidup di dunia ini...aamiiin...