Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Thursday, February 24, 2011

Bekalan hidup


assalamualaikum..

setelah sekian lama menyepi, rasanya hari ni kena menulis sesuatu. menulis tentang kehidupan, di mana di dalam kehidupan tu tiap saat ada tarbiyyah dari Allah (bagi org yg berfikir dan sentiasa muhasabah diri insyaAllah kita akan temukan tarbiyyah yg istimewa dari Allah).
ingin berkongsi satu tarbiyyah yg sangat3 berharga bagi saya yg meyakinkan lagi saya tentang tujuan hidup.

menjadi seorang pelajar memang tak lepas dari exam. exam yg mengambil hampir keseluruhan masa kita, sampai tidur pun kadang mengigau2 pasal exam. untuk hadapi exam, pasti perlukan bekalan ilmu. dan dengan itu kita belajar, berusaha bersungguh2. bila dah nak dekat exam, masa makin suntuk dan tawakal kita pada Allah sangat2 tinggi...

kata2 hikmah dari sorang sahabat,'berusahalah kamu seolah2 tiada lagi usaha, bertawakkallah kamu seolah2 tiada lagi tawakal.usaha dan tawakal tu terpisah, usaha adalah bahagian dari jasad, tawakal adalah bahagian dari hati(jiwa)...rezeki itu dari Allah, jika ditakdirkan lulus itu yg terbaik utk kita, jika ditakdirkan gagal itu juga yang terbaik untuk kita. Allah is the best planner...

tarbiyyah dari Allah itu yg paling mahal...


alhamdulillah, diuji dengan tidak lulus OSCE... banyak sangat hikmah Allah nk bagi.. Dia mengajarku untuk redha dgn segala sesuatu kerana itu yg terbaik, Dia mengajarku menjadi seorang yang sabar, Dia mengajarku untuk menggunakan masa yg ada sebaiknya, Dia mengajarku supaya lebih fokus, Dia mengajarku supaya bersusah2 dulu sebelum mendapat kesenangan, paling penting dia mengingatkan ku dengan bekalan!

sebagaimana untuk exam perlukan bekalan ilmu yg cukup, begitu juga la dgn hidup kita, perlukan bekalan cukup untuk hidup di akhirat sana... astargfirullah, bila dikira2, berapa banyak bekalan yg aku dah ada untuk hadapi akhirat nanti? bekalan yg mana dgnnya aku dapat merasai syurgaNya.. rasa macam sgt2 sikit, dan mungkin akan berkurang atau negatif setelah ditolak dgn dosa2 aku kat manusia, sifat2 ujub, riya', iri hati yg ada dalam diri. belum lagi ditolak dgn dosa2 masa jahiliyyah dulu. belum lagi ditolak dengan maksiat hati, mata, telinga, anggota badan...apa Allah redha dgn perbuatan kita sehari2? apakah kita niatkan sesuatu tu kerana Allah? belajar kerana Allah?

hidup ini hanya untuk Allah, hati ini untuk Allah...kalau bukan sekarang kita berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah, bila lagi?? Allah sentiasa memerhatikan kita,adakah kita juga sentiasa mengingatNya..

---Ya Allah, Kau yg memegang hati ini...peliharalah kami dari kotoran2 dunia yg sangat pekat dan busuk...semoga Allah redha dgn apa yg kita lakukan...




Saturday, February 5, 2011

Kerana iman itu perlu diuji



Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?(al-'Ankabuut:2)

Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati,apa yang kita niatkan sebelum buat sesuatu perkara, Allah dah merancang yang terbaik buat hidup kita. Setiap hambaNya diberi kasih sayang dan nikmat yang tak terhitung banyaknya supaya kita dapat menunaikan tugas kita menjadi hambaNya, hamba yang sentiasa mengingatiNya, hamba yang menyerahkan seluruh hidup ini semata-mata untukNya, hamba yang menyediakan hati ini untuk ditarbiyyahNya dengan diberi berbagai-bagai ujian yang sesuai dengan kemampuan hambaNya, hamba yang tidak punya apa2 seraya meminta bantuan dariNya, merintih padaNya dikala bersedih hati....

itulah Allah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengetahui, Allah yg Memelihara dan menjaga hambaNya, cinta paling agung adalah cinta padaNya,cinta yang mana boleh bawak kita ke syurga, antara impian tertinggi bagi orang2 yang beriman dan mengharap redhaNya.....

Hidup.............
hidup adalah suatu perjalanan masa, kitalah yang mencorakkan hidup itu bagaimana, apakah corak yang damai dan indah atau corak yang serabut, melemaskan serta memeningkan...hidup, hakikatnya hidup adalah kesempatan yg Allah bagi utk kita cari sebanyak mungkin bekalan buat kehidupan abadi di akhirat.. alangkah indah bila hidup ini 100% diserahkan kepada Allah untuk ditarbiyyah dgn berbagai2 ujian yang akan menaikkan lagi kedudukan di sisi Allah..

.....Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (Al-Hujuraat - Ayat: 13)

BerSABARlah andai diuji...walaupun untuk memupuk rasa sabar itu susah pada awalnya, yakinlah dengan janji Allah. Dia beserta orang2 yang sabar..dalam D&T, perlu sabar,redha dengan apa yg terjadi sebab Allah dan susun yang terbaik untuk kita...andai kita yang membawa baton islam, yang ingin mengajak orang lain kepada islam, bawa lah betul2...agar Allah redha dgn perbuatan kita, redha dgn gerak kerja kita...
Andai kita bekerja betul2 niat kerana Allah pasti kita akan terima apa saja yang terjadi dengan kerana kita tahu Allah dah susun yang terbaik untuk kita. orang2 beriman tidak akan bersedih hati dengan apa yang terjadi


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(al-Baqarah:277)

Teruskan melangkah. jangan sia2 kan D & T yang dah bertahun kita lalui. Ujian demi ujian akan kita lalui kerana tidak mungkin orang yang mengatakan dirinya beriman itu tidak diuji. ujian bukan untuk menjatuhkan kita malah sebenarnya Allah nak angkat kedudukan kita disisiNya..ujian itu akan mematangkan kita.... ingatlah penilaian Allah lebih mulia dari penilaian manusia.
Yakinlah, yakinlah yang Allah Maha Mengetahui segalanya. masih ramai manusia diluar sana belum disentuh oleh iman..kalau bukan kita yang faham, siapa lagi? D& T tak perlukan orang yang emo..emosi perlu stabil, fikiran mesti jauh ke depan, cukuplah sebelum ini kita dah sia2 kan hidup dengan hanya memenuhi keinginan nafsu, melayan perasaan jahiliyyah, memanjai diri dengan kenikmatan dunia..cukuplah...

uhibbukum fillah...

Wednesday, January 12, 2011

Kehidupan ini tarbiyyah dariNya


Pernah tak terfikir kita hidup untuk apa?
Cuba ambil waktu sejenak untuk fikir balik, untuk apa kita hidup? apakah untuk mencapai cita2 waktu kecil dulu? apakah untuk hidup bahagia dgn pasangan hidup?
Pernah tak terfikir, lepas hidup di dunia ni apa akan jadi dengan kita?
Pernah tak menghitung amalan yang dah kita buat, ibadah yang dah kita buat? cukup banyakkah, cukup berkualitikah?

Pernah tak terbaca ayat ni

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)

Ibadah, itulah salah 1 tujuan hidup kita yang sebenarnya...Ibadah...
Allah dah bekalkan kita hati, penglihatan dan pendengaran untuk kita beribadah padaNya, bukan untuk melakukan maksiat atau dosa...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya dengan cara istidraj (7:179)


Sejauh mana kita kenal Allah, Yang Memiliki kita.......................................................

Tahukah kita yang Allah menciptakan syurga untuk hambaNya?

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya (2:25)

Apa yang dah kita buat dengan hidup? Kadang ujian datang menimpa kita, ujian dalam belajar, ujian dalam ukhuwwah, ujian dlm kewangan, ujian dalam keluarga....

Itulah tarbiyyah, didikan yang Allah bagi buat hambaNya. Didikan untuk meningkatkan lagi darjat iman kita. kadang kita diuji dengan benda yang sama berulang kali, itu tandanya kita belum berjaya melepasi ujian tersebut. sama modelnya dgn ujian di sekolah atau di uni. kalau masih gagal dlm exam, kena repeat semula paper yg sama.

Betapa sayangNya Allah pada kita.. dan seharusnya kita berkasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu.
Kalau sebuah ikatan itu dibina kerana Allah, mudah-mudahan ikatan itu berkekalan sampai ke syurga. insyaAllah...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Riwayat Imam Nawawi…

Semoga setiap keputusan yang kita ambil adalah kerana Allah. pertimbangan yang dibuat adalah berlandaskan garis panduan dari Allah.

-Masih jauh perjalanan ini, kadang rebah di tengah jalan akibat tarikan2 jahiliyyah yg masih ada dalam diri...ibarat mendaki bukit dgn membawa bebanan(dosa) yg banyak, makin ke atas makin penat, tercungap2, makin lambat dan suatu ketika boleh jatuh berundur ke belakang..na'uzubillah...semoga Allah kuatkan hati ini, agar perlahan2 dapat mengurangkan bebanan2 hingga senang untuk mendaki.


Monday, January 3, 2011

realisasikan angan2 mu


setiap org pasti ada angan2...sama ada angan2 dunia atau angan2 akhirat...

ada sorang shbt sharing ttg angan2 nya..subhanallah, pertama kali jumpa dgn org yg angan2 tinggi mcm dia.. angan2 nya adalah masuk syurga, di mana di dalamnya kita mendapat layanan yg super2 istimewa, dgn hidangan sebanyak 300jenis dan semuanya sedap2 dan makin kita makan makin sedap rasanya, makin nikmat..duduk singgahsana sepanjang 1 batu...alangkah bestnya! berjumpa dgn pejuang2 islam yg telah berjaya menempuh dugaan2 di dunia, sahabat2 yg syahid demi menegakkan islam, berjumpa dgn kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan yg paling best, dapat bertemu dgn Allah Yang Maha Esa~

tapi...fikir2 balik, layakkah kita?? sudah cukupkah usaha kita di dunia utk mendapatkan redha Allah dan syurgaNya? syurga Allah perlu dibayar dgn pengorbanan, kesusahan di dunia demi mencapai redhaNya. syurgaNya hanya buat org2 beriman, org2 yg yakin pada Allah dan melakukan segala apa yg Allah suruh dan meninggalkan segala apa yg Allah larang. dan semua itu ada dalam panduan hidup kita iaitu Quran!!! Bacalah, fahamilah dan beramallah mengikut panduan hidup yg Allah gariskan utk kita. dan Allah telah mengutus kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w utk menunjukkan kita bgmn islam itu sebenarnya, utk merealisasikan apa yg ada dalam al-Quran. betapa hebatnya kasih sayang Allah berbanding kasih sayang manusia.

Muhasabah...Adakah amalan kita sehari2 diniatkan kerana Allah? mandi, makan, belajar, online dan sebagainya adakah kita buat kerana Allah? untuk apa kita makan? adakah sekadar untuk memenuhi nafsu, atau untuk mendapatkan sedikit tenaga untuk kita meneruskan tugas kita sbg hambaNya dan khalifah di dunia.

Ibadah kita bukan setakat solat, zakat, puasa dll... ibadah tu adalah sesuatu perkara yg kita buat kerana Allah, niat keranaNya...Allah sukakan kebersihan, sebab tu kita kena mandi. Allah sukakan hamba yg kuat, sebab tu kita kena makan sekadarnya dan tidak berlebihan. Allah suka hambaNya yg berilmu krn ilmu tu adalah cahaya dan cahaya takkan masuk kalau hati kita kotor penuh dosa, sebab tu kena belajar dan tuntut ilmu di samping perbanyakkan istighfar sbb manusia takkan lepas dari buat dosa.

ikatan persaudaraan, paling manis bila ikatan tu atas dasar ikatan akidah.
'dan Dia (Allah) yg Mempersatukan hati mereka(org2 yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana' [8:63]

Angan2 tu akan jd 1 angan2 kosong bila kita tak berusaha utk capai angan2 tu.. kalau dulu selalu berangan2, tapi tidak ada usaha langsung..Banyaknya waktuku sia2..tapi, alhamdulillah Allah tegur kesalahanku ini, tanda Dia sayang hambaNya. sedang berusaha merealisasikan angan2 itu.. subhanallah Allah mudahkan jalan. satu persatu impian tercapai.

setiap kata2 akan diuji olehNya. smoga kita istiqamah dlm setiap amaln yg kita lakukan..insyaAllah!!!

Saturday, January 1, 2011

ukhuwwah fillah abadan abada



sayang, rindu mula membuak pada mereka semua.. semoga kita sama2 menjadi ruhul jadid, yg akan terus menerus bekerja untuk mencari redha Allah, dan semoga kita sama2 bertemu di syurga kelak, bertemu idola2 kita di syurga, semoga hati kita terus terikat dgn ikatanNya.

jazakillah khair buat semua, yang sudi berkongsi pengalaman, mentransfer iman masing2 agar sama2 dirasai tingginya iman kita, sama2 bertemu, berkongsi kisah suka duka berada di jalan ini... semoga Allah tsabatkan kita di jalan ini...

sudah mula jatuh cinta, pada jln ini...
selama ni masih terkapai2 mencari suatu keyakinan
alhamdulillah telah kutemui keyakinan itu
keyakinan pada Allah yg paling utama
lantas akibat dari keyakinan itu, akan timbul usaha2 dan langkah2 gigih untuk sama2 berkongsi rasa dgn muslim yg lain..sama2 menjadi mukmin sejati

alhamdulillah, syukur yg teramat diucapkan kpd Allah yg memegang hati ini..
alhamdulillah Allah bukakan hati kita untuk sama2 kita berusaha menjadi muslim sejati

kepada yg membaca post ini, ingatlah yg kita hanya merancang tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNya, Dia tidak akan menzalimi hambaNya. yakinlah, kebahagiaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah

jangan mudah putus asa, Allah sedang menghitung usaha2 mu... dan Dia telah menjanjikan syurgaNya buat hamba2Nya yg beriman.

kita belum betul2 beriman selagi kita tidak diuji.. tabahlah menghadapi ujian dariNya.. kelak kau akan tersenyum di syurgaNya.. insyaAllah