Pernah tak terfikir kita hidup untuk apa?
Cuba ambil waktu sejenak untuk fikir balik, untuk apa kita hidup? apakah untuk mencapai cita2 waktu kecil dulu? apakah untuk hidup bahagia dgn pasangan hidup?
Pernah tak terfikir, lepas hidup di dunia ni apa akan jadi dengan kita?
Pernah tak menghitung amalan yang dah kita buat, ibadah yang dah kita buat? cukup banyakkah, cukup berkualitikah?
Pernah tak terbaca ayat ni
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)
Ibadah, itulah salah 1 tujuan hidup kita yang sebenarnya...Ibadah...
Allah dah bekalkan kita hati, penglihatan dan pendengaran untuk kita beribadah padaNya, bukan untuk melakukan maksiat atau dosa...
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya dengan cara istidraj (7:179)
Sejauh mana kita kenal Allah, Yang Memiliki kita.......................................................
Tahukah kita yang Allah menciptakan syurga untuk hambaNya?
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya (2:25)
Apa yang dah kita buat dengan hidup? Kadang ujian datang menimpa kita, ujian dalam belajar, ujian dalam ukhuwwah, ujian dlm kewangan, ujian dalam keluarga....
Itulah tarbiyyah, didikan yang Allah bagi buat hambaNya. Didikan untuk meningkatkan lagi darjat iman kita. kadang kita diuji dengan benda yang sama berulang kali, itu tandanya kita belum berjaya melepasi ujian tersebut. sama modelnya dgn ujian di sekolah atau di uni. kalau masih gagal dlm exam, kena repeat semula paper yg sama.
Betapa sayangNya Allah pada kita.. dan seharusnya kita berkasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu.
Kalau sebuah ikatan itu dibina kerana Allah, mudah-mudahan ikatan itu berkekalan sampai ke syurga. insyaAllah...
Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"
DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!
Semoga setiap keputusan yang kita ambil adalah kerana Allah. pertimbangan yang dibuat adalah berlandaskan garis panduan dari Allah.
-Masih jauh perjalanan ini, kadang rebah di tengah jalan akibat tarikan2 jahiliyyah yg masih ada dalam diri...ibarat mendaki bukit dgn membawa bebanan(dosa) yg banyak, makin ke atas makin penat, tercungap2, makin lambat dan suatu ketika boleh jatuh berundur ke belakang..na'uzubillah...semoga Allah kuatkan hati ini, agar perlahan2 dapat mengurangkan bebanan2 hingga senang untuk mendaki.