setiap org pasti ada angan2...sama ada angan2 dunia atau angan2 akhirat...
ada sorang shbt sharing ttg angan2 nya..subhanallah, pertama kali jumpa dgn org yg angan2 tinggi mcm dia.. angan2 nya adalah masuk syurga, di mana di dalamnya kita mendapat layanan yg super2 istimewa, dgn hidangan sebanyak 300jenis dan semuanya sedap2 dan makin kita makan makin sedap rasanya, makin nikmat..duduk singgahsana sepanjang 1 batu...alangkah bestnya! berjumpa dgn pejuang2 islam yg telah berjaya menempuh dugaan2 di dunia, sahabat2 yg syahid demi menegakkan islam, berjumpa dgn kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan yg paling best, dapat bertemu dgn Allah Yang Maha Esa~
tapi...fikir2 balik, layakkah kita?? sudah cukupkah usaha kita di dunia utk mendapatkan redha Allah dan syurgaNya? syurga Allah perlu dibayar dgn pengorbanan, kesusahan di dunia demi mencapai redhaNya. syurgaNya hanya buat org2 beriman, org2 yg yakin pada Allah dan melakukan segala apa yg Allah suruh dan meninggalkan segala apa yg Allah larang. dan semua itu ada dalam panduan hidup kita iaitu Quran!!! Bacalah, fahamilah dan beramallah mengikut panduan hidup yg Allah gariskan utk kita. dan Allah telah mengutus kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w utk menunjukkan kita bgmn islam itu sebenarnya, utk merealisasikan apa yg ada dalam al-Quran. betapa hebatnya kasih sayang Allah berbanding kasih sayang manusia.
Muhasabah...Adakah amalan kita sehari2 diniatkan kerana Allah? mandi, makan, belajar, online dan sebagainya adakah kita buat kerana Allah? untuk apa kita makan? adakah sekadar untuk memenuhi nafsu, atau untuk mendapatkan sedikit tenaga untuk kita meneruskan tugas kita sbg hambaNya dan khalifah di dunia.
Ibadah kita bukan setakat solat, zakat, puasa dll... ibadah tu adalah sesuatu perkara yg kita buat kerana Allah, niat keranaNya...Allah sukakan kebersihan, sebab tu kita kena mandi. Allah sukakan hamba yg kuat, sebab tu kita kena makan sekadarnya dan tidak berlebihan. Allah suka hambaNya yg berilmu krn ilmu tu adalah cahaya dan cahaya takkan masuk kalau hati kita kotor penuh dosa, sebab tu kena belajar dan tuntut ilmu di samping perbanyakkan istighfar sbb manusia takkan lepas dari buat dosa.
ikatan persaudaraan, paling manis bila ikatan tu atas dasar ikatan akidah.
'dan Dia (Allah) yg Mempersatukan hati mereka(org2 yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana' [8:63]
Angan2 tu akan jd 1 angan2 kosong bila kita tak berusaha utk capai angan2 tu.. kalau dulu selalu berangan2, tapi tidak ada usaha langsung..Banyaknya waktuku sia2..tapi, alhamdulillah Allah tegur kesalahanku ini, tanda Dia sayang hambaNya. sedang berusaha merealisasikan angan2 itu.. subhanallah Allah mudahkan jalan. satu persatu impian tercapai.
setiap kata2 akan diuji olehNya. smoga kita istiqamah dlm setiap amaln yg kita lakukan..insyaAllah!!!