Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Monday, May 16, 2011

Jom jadi orang yang bijak ;)

keindahan..islam indah

Assalamualaikum w.b.t

perempuan..penuh emosi
sangat bahaya andai tidak dikawal

hati...raja kepada jasad
sangat bahaya andai hati dipengaruhi emosi dan nafsu
perlakuan akan menuruti emosi dan nafsu
hancurlah jasad

orang yang bijak cerdas...
adalah orang yang selalu mengoreksi diri (muhasabah)
dan beramal untuk bekal sesudah mati

amal yg baik terlahir dari iman yang mantop
iman yg mantop akan menerima segala apa yang Allah tentukan dengan redha(rela hati)
iman yang mantop melahirkan individu yang berakhlak mulia

akhlak mulia
buah dari kekhusyukan ibadah(yang diniatkan kerana Allah)
dan ketundukan diri pada Allah

'sebaik-baik manusia adalah orang yang terbaik akhlaknya di antara mereka (HR Thabrani)

semuanya tergantung iman

mari mantapkan iman

muhasabah kenapa kita hidup

pastinya kerana Allah

hadapi ujian hidup dgn sabar

neutralkan emosimu wahai perempuan kerana emosi boleh merosakkan akhlak, boleh merosakkan silaturrahim, boleh menghancurkan amal ibadah

stabilkan emosi

pesanan utk diri sendiri dan saudari2 seperjuanganku

andai ada kesilapan, mohon dimaafkan

kita saudara

kita adik beradik

indahnya ukhuwwah kerana Allah

kerana Allah kita bertemu dan berpisah

indah....

bila mengingat kebaikan orang pada kita :)



Thursday, May 12, 2011

Allah Pemilikku

Assalamualaikum w.b.t

Semoga jiwa kita sentiasa basah dengan zikrullah

Semoga detik2 yang berlalu dipenuhi dgn amal2 yg diniatkan keranaNya

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

indahnya ukhuwah kerana Allah

indahnya berkorban masa dan harta kerana Allah

kerana ganjarannya indah

walau tidak tampak di alam al-wujud

syurga

hanya untuk org yg berjaya mendapat rahmat dan redha Allah

layakkah aku?

benarkah dunia ini dijadikan sebagai ladang amal?

sudah tertunaikan shahadah al-haq yg dilafazkan dalam solat sehari2?

ilmu2 apakah sudah diamalkan?

harta2 kemana digunakan?

segala nikmat yg Allah beri apakah digunakan untuk menjalankan tugas sebagai hambaNya?

Tersentuh dengan ayat Allah ini:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)

Mohonlah padaNya

Mohonlah, tapi dgn syarat, patuhi segala perintahNya kerana Dia pemilik kita, pemilik hati kita...

siapalah kita ini,

hanya manusia yang berasal dari tanah

tanah yang tidak bernilai dibandingkan dengan emas permata

dan akhirnya dikembalikan jua ke dalam tanah

hanya orang2 yg berTAQWA yang diangkat darjatnya

orang2 yg berhati2 dalam setiap perbuatan; setiap perbuatan diniatkan keranaNya

sekecil2 perbuatan menjadi ibadah bila diniatkan keranaNya

betapa pemurahnya Allah

tidak malukah kita andai kita ingkar padaNya?

masih mahu ingkar padaNya setelah bermacam2 nikmat dan kemudahan Dia kurniakan pada manusia?

masih mahu ingkar?

Dia Maha Melihat

Dia Maha Menjaga


Sunday, April 10, 2011

buka hati untuk dididik

Hadith 6

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jaga hati, dialah raja kepada jasad. penuhi hati dgn cinta padaNya. bukakan hati untuk dididik olehNya..

Monday, April 4, 2011

Pembaziran

assalamualaikum w.b.t...

sangat2 lama tak update blog... banyak benda terfikir untuk ditulis tapi diri sendiri sering bertangguh. sifat yg sdg berusaha dibuang dlm diri..insyaAllah.

sedar tak sedar dah banyak pembaziran kita buat dalam hidup. teringat khutbah jumaat hari tu imam ada kata pembaziran tu bukan hanya makanan, harta, masa tapi pembaziran tenaga, pembaziran zikir, pembaziran ilmu dll....

pembaziran masa bila kita buat sesuatu bukan kerana Allah, pembaziran zikir bila kita zikir hanya di bibir tapi bukan menghadirkan hati, pembaziran ilmu bila ilmu yang kita ada tu kita x amalkan (diri sendiri..huhu)... dan banyak lagi..

astargfirullah3....

bila menulis ni, diri sendiri adalah org pertama yg harus amalkan apa yg ditulis. nanti akan disoal apakah kita lakukan apa yg kita katakan. sbb Allah sangat benci org yg tak buat apa yg dia kata.. ayat Allah dalam surah as-saff


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (61:2-3)

Ya Allah, tetapkan kami dalam iman. ampuni dosa2 kami. bukakanlah pintu hati kami untuk kembali ke jalanMu yg lurus

Thursday, February 24, 2011

Bekalan hidup


assalamualaikum..

setelah sekian lama menyepi, rasanya hari ni kena menulis sesuatu. menulis tentang kehidupan, di mana di dalam kehidupan tu tiap saat ada tarbiyyah dari Allah (bagi org yg berfikir dan sentiasa muhasabah diri insyaAllah kita akan temukan tarbiyyah yg istimewa dari Allah).
ingin berkongsi satu tarbiyyah yg sangat3 berharga bagi saya yg meyakinkan lagi saya tentang tujuan hidup.

menjadi seorang pelajar memang tak lepas dari exam. exam yg mengambil hampir keseluruhan masa kita, sampai tidur pun kadang mengigau2 pasal exam. untuk hadapi exam, pasti perlukan bekalan ilmu. dan dengan itu kita belajar, berusaha bersungguh2. bila dah nak dekat exam, masa makin suntuk dan tawakal kita pada Allah sangat2 tinggi...

kata2 hikmah dari sorang sahabat,'berusahalah kamu seolah2 tiada lagi usaha, bertawakkallah kamu seolah2 tiada lagi tawakal.usaha dan tawakal tu terpisah, usaha adalah bahagian dari jasad, tawakal adalah bahagian dari hati(jiwa)...rezeki itu dari Allah, jika ditakdirkan lulus itu yg terbaik utk kita, jika ditakdirkan gagal itu juga yang terbaik untuk kita. Allah is the best planner...

tarbiyyah dari Allah itu yg paling mahal...


alhamdulillah, diuji dengan tidak lulus OSCE... banyak sangat hikmah Allah nk bagi.. Dia mengajarku untuk redha dgn segala sesuatu kerana itu yg terbaik, Dia mengajarku menjadi seorang yang sabar, Dia mengajarku untuk menggunakan masa yg ada sebaiknya, Dia mengajarku supaya lebih fokus, Dia mengajarku supaya bersusah2 dulu sebelum mendapat kesenangan, paling penting dia mengingatkan ku dengan bekalan!

sebagaimana untuk exam perlukan bekalan ilmu yg cukup, begitu juga la dgn hidup kita, perlukan bekalan cukup untuk hidup di akhirat sana... astargfirullah, bila dikira2, berapa banyak bekalan yg aku dah ada untuk hadapi akhirat nanti? bekalan yg mana dgnnya aku dapat merasai syurgaNya.. rasa macam sgt2 sikit, dan mungkin akan berkurang atau negatif setelah ditolak dgn dosa2 aku kat manusia, sifat2 ujub, riya', iri hati yg ada dalam diri. belum lagi ditolak dgn dosa2 masa jahiliyyah dulu. belum lagi ditolak dengan maksiat hati, mata, telinga, anggota badan...apa Allah redha dgn perbuatan kita sehari2? apakah kita niatkan sesuatu tu kerana Allah? belajar kerana Allah?

hidup ini hanya untuk Allah, hati ini untuk Allah...kalau bukan sekarang kita berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah, bila lagi?? Allah sentiasa memerhatikan kita,adakah kita juga sentiasa mengingatNya..

---Ya Allah, Kau yg memegang hati ini...peliharalah kami dari kotoran2 dunia yg sangat pekat dan busuk...semoga Allah redha dgn apa yg kita lakukan...