Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Friday, September 11, 2009

karutan semata


Menjadi perfect itu mustahil. Hanya Rasulullah s.a.w je yg maksum.

Bila kita memandang RUPA, susah... masa depan pun susah.

Amal entah ke mana...

Itulah hakikatnya manusia sekarang...

Saturday, August 29, 2009

Kepulangan yg bermakna~

Aina & Atiq

Kepulanganku kali ini ada hikmah yg sangat berharga...Allah telah memberikan 1 pengajaran yg sangat berharga bagi diriku yg sentiasa lalai ini...

Atiq, walaupun jarang2 dapat jumpa, tapi rasa macam baru semalam mendengar gelak tawa Atiq...Allah telah menjemput Atiq di hari yg mulia dan di bulan yg mulia...subhanallah.. beruntung ayah n mak Atiq, dah ada anak yg masuk syurga, kembali ke rahmatullah dalam keadaan suci dari dosa...teringin nak dapat husnul khatimah macam Atiq...tapi diri ini sentiasa lalai kepada Allah..

Dengan hanya 1 gigitan lebah, Atiq pergi selamanya...inilah taqdir Allah...Allah telah memberikan 1 pengajaran yg tak dapat kulupakan seumur hidupku... inilah kali pertama melihat semua orang dalam keluarga besarku menangis sayu atas pemergian salah 1 dari ahli keluargaku...semua ahli keluarga dari jauh datang untuk melihat Atiq untuk kali terakhir...

Tak dapat menahan sebak bila terkenangkan diri ini yg selama ini terus membuat dosa pada Allah...bertuahnya Atiq, tak ternoda oleh kotoran dunia...

Ya Allah...cucurilah rahmat ke atasnya.......

Friday, August 28, 2009

Al Fatihah


Atiq in memory

Jumaat, 7 Ramadhan 1430

6.00pagi

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya....

Friday, July 24, 2009

Ego


Memang ditaqdirkan Allah kebanyakan manusia ni ego.
Tapi xsedarkah yg ego tu 1 ujian hati??.
Allah bagi kita bermacam ujian hati supaya x ikot nafsu keegoan 2.
kenapa mesti ego??
bukankah kita saudara???
kenapa nak ikot hati sangat??
xtau kah yg dalam hati tu ada 1 tempat setan mudah masuk??
dan nafsu pun dapat bermaharaja lela bila iman goyah???
tak fahamnya bila seseorang dah diberi hidayah oleh Allah tapi masih tak dapat memaafkan kesalahan saudara kita sendiri..
saya pun menegur diri saya jugak.
jika Allah memberi ujian seperti ini untuk saya, saya pun xpasti akan hadapi dengan baik atau x.
tapi yang sangat pasti, bila iman dah sangat2 down memang senang la setan tu nak merasuk, senang nafsu nak menguasai diri.Na'uzubillah....
kenapa nak tunggu orang lain bertegur sapa dulu?
kenapa x kita je mulakan?
seperti apa yg Rasulullah lakukan pada sahabat2...
Memang kita akan diuji dengan masalah hati...
Muhasabah la balik diri kita
Layakkah kita ego dihadapanNya,di atas bumiNya & dengan segala nikmat yg diberiNya???

Thursday, July 16, 2009

Tersedar dari lena yg panjang


Selama ini masih kebingungan. Berfikir2 apa yg dah kita buat dalam hidup ni..............

Makan lebih
Tido lebih
Berangan
Tengok TV sampai lewat malam
Solat yg wajib je
Baca Quran jarang2
SMS yg xpenting dan xhenti2
Gossip a.k.a mengumpat
Sakitkan hati kawan2

dan sebagainya...........sume orang pasti penah melalui zaman2 sebegini.....

Menyesal...itu yang pasti akan kita rasa bila kita menghadapNya nanti.

Terkesan dengan ayat dari Allah:

' Wahai anak cucu Adam! Jika datang kepadamu rasul2 dari kalanganmu sendiri, yang menceritakan ayat2Ku kepadamu,maka barangsiapa berTAQWA dan mengadakan PERBAIKAN, maka tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.Tetapi orang yg mendustakan ayat2 Kami dan menyombongkan diri terhadapNya, mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [7:35-36]

Ya Allah! Selama ni dengar n buat2 xtau je bila dgr ayat2 Allah. Dah tahu salah tapi buat jugak benda yang salah....Astargfirullah...Allah dah banyak kali turunkan ayat2 pasal azab2 Nya.sangat PEDIH!! bayangkan, kita terkena api sket pun dah panas, apatah lagi dalam neraka.. Na'uzubillah....

Saudara seIslamku.............
- Luangkanlah masa mentadabbur ayat2 Allah, kerana Allah telah bermurah hati memberikan kita masa yg berharga ini. Setiap ayat Quran itu adalah teguran direct dari Allah.betapa sygnya Allah pada hamba2 Nya...
- Gunakanlah lidah, penglihatan dan pendengaran kita untuk beribadah kepada Allah kerana kelak kita tak tahu bila nikmat2 ini akan diambil balik olehNya..

Hidup kita adalah pinjaman oleh Allah supaya kita melaksanakan tugas kita sebagai HAMBA dan sekiranya kita dapat melaksanakan tugas kita, balasannya adalah SYURGA (56:12-40).Alangkah bertuahnya dapat masuk syurga :). Dan neraka adalah sebaliknya...

Kita=hamba=serba kekurangan. Allah lah yg mencukupkan keperluan kita. Allah lah tempat
bergantung harap (112:2)

Lupakah kita kepada Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat dari Allah dengan sebaik2nya?.dan para sahabat yg tak pernah kenal penat lelah dalam mempertahankan agama kita dari musuh2...kenapa kita masih lena dengan permainan2 dunia?

Teguran untuk diri sendiri yg pernah terlena.....