Selama ini masih kebingungan. Berfikir2 apa yg dah kita buat dalam hidup ni..............
Makan lebih
Tido lebih
Berangan
Tengok TV sampai lewat malam
Solat yg wajib je
Baca Quran jarang2
SMS yg xpenting dan xhenti2
Gossip a.k.a mengumpat
Sakitkan hati kawan2
dan sebagainya...........sume orang pasti penah melalui zaman2 sebegini.....
Menyesal...itu yang pasti akan kita rasa bila kita menghadapNya nanti.
Terkesan dengan ayat dari Allah:
' Wahai anak cucu Adam! Jika datang kepadamu rasul2 dari kalanganmu sendiri, yang menceritakan ayat2Ku kepadamu,maka barangsiapa berTAQWA dan mengadakan PERBAIKAN, maka tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.Tetapi orang yg mendustakan ayat2 Kami dan menyombongkan diri terhadapNya, mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [7:35-36]
Ya Allah! Selama ni dengar n buat2 xtau je bila dgr ayat2 Allah. Dah tahu salah tapi buat jugak benda yang salah....Astargfirullah...Allah dah banyak kali turunkan ayat2 pasal azab2 Nya.sangat PEDIH!! bayangkan, kita terkena api sket pun dah panas, apatah lagi dalam neraka.. Na'uzubillah....
Saudara seIslamku.............
- Luangkanlah masa mentadabbur ayat2 Allah, kerana Allah telah bermurah hati memberikan kita masa yg berharga ini. Setiap ayat Quran itu adalah teguran direct dari Allah.betapa sygnya Allah pada hamba2 Nya...
- Gunakanlah lidah, penglihatan dan pendengaran kita untuk beribadah kepada Allah kerana kelak kita tak tahu bila nikmat2 ini akan diambil balik olehNya..
Hidup kita adalah pinjaman oleh Allah supaya kita melaksanakan tugas kita sebagai HAMBA dan sekiranya kita dapat melaksanakan tugas kita, balasannya adalah SYURGA (56:12-40).Alangkah bertuahnya dapat masuk syurga :). Dan neraka adalah sebaliknya...
Kita=hamba=serba kekurangan. Allah lah yg mencukupkan keperluan kita. Allah lah tempat
bergantung harap (112:2)
Lupakah kita kepada Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat dari Allah dengan sebaik2nya?.dan para sahabat yg tak pernah kenal penat lelah dalam mempertahankan agama kita dari musuh2...kenapa kita masih lena dengan permainan2 dunia?
Teguran untuk diri sendiri yg pernah terlena.....