Sabar dan terus Berusaha
::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::
-ukhuwwah fillah-
Saturday, August 28, 2010
Keindahan Tawakal
Thursday, August 26, 2010
Idola
Monday, August 23, 2010
Fenomena Azan
Sunday, August 22, 2010
Sekolah Harapan untuk pelajar hamil
Dipetik dari Utusan
Oleh AMRAN MULUP
MELAKA 21 Ogos – Sekolah menengah untuk remaja hamil luar nikah yang dijadual dibuka oleh kerajaan negeri pada 1 September ini akan dikenali sebagai Sekolah Harapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, nama itu dipilih berdasarkan tujuan sekolah tersebut diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar yang hamil luar
nikah kembali ke pangkal jalan.
Menurutnya, sejak kerajaan negeri mengumumkan akan mewujudkan sekolah tersebut, ramai ibu bapa dari negeri ini telah menghubungi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk
menghantar anak mereka yang sedang hamil.
‘‘JAIM juga dihubungi oleh ibu bapa dari luar negeri ini yang turut berminat memasukkan anak mereka ke Sekolah Harapan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan kira-kira 250 anak yatim di Masjid Pulau Samak, Batu Berendam di sini semalam.
Anak yatim tersebut dari Rumah Anak Yatim Semarak Kasih, Bemban, Jasin; Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin, Paya Rumput (Payasum).
Turut serta ialah Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Bukit Pegoh; Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil dan Sekolah Anak-Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah, Pantai Puteri.
Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sekolah tersebut yang menggunakan bangunan dua tingkat milik Syarikat Air Melaka di Jasin, kini sedang dibaik pulih sebelum ia dibuka untuk sesi pembelajaran pada 1 September ini.
Menurut beliau, kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut sedang giat dijalankan dan dijangka siap menjelang hujung bulan ini.
‘‘Sekolah Harapan akan menyediakan empat buah kelas dan pada peringkat awal ini, sekolah ini mampu menampung antara 20 hingga 30 pelajar.
‘‘Sekolah ini akan menyediakan sesi pembelajaran pelajar dari tingkatan dua hingga lima termasuk mereka yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Mengenai tenaga pengajar katanya, guru-guru JAIM akan ditempatkan ke sekolah tersebut untuk mengendalikan sesi pembelajaran.
Selain itu kata Mohd. Ali, Pusat Bimbingan Islam JAIM di Jasin pula akan dijadikan sebagai tempat menginap pelajar sekolah berkenaan.
Menurutnya, rumah tersebut yang juga dikenali sebagai Rumah Harapan mempunyai empat bilik dan beberapa kemudahan seperti katil, televisyen dan peti sejuk mampu menampung sebanyak 10 penghuni.
‘‘Jika terdapat lebih daripada 10 penghuni ada kemungkinan kita akan mendapatkan rumah lain,” ujarnya.
Beliau yakin, penubuhan sekolah tersebut dapat membendung gejala pembuangan bayi tidak berdosa, termasuklah di tempat pembuangan sampah.
End
~~Hanya satu sebab terjadinya benda2 macam ni iaitu --> TAK KENAL PENCIPTA
Bila kita tak kenal Allah, kita akan rasa bebas melakukan apa saja, tak takut pada AZAB NERAKA yang menyala2 (kena minyak panas sikit pun dah pedih, apatah lagi neraka)..
Padahal Allah sentiasa memerhatikan hamba2nya...Dan Allah dah larang perbuatan zina ni..
'Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.[24:31]
Bertaubat sebelum terlambat!!!
Mana pergi sifat kasih sayang seorang ibu pada anaknya?? Sedih....
Tausiah Hari Ini =)
Saturday, August 21, 2010
Taubatan Nasuha
Salam alaik...
Friday, August 20, 2010
orang yang paling rugi
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang...