Bismillahirrahmanirrahim...
Tanggal 31 Januari 2009, 9.15 pagi waktu Malaysia, aku dihubungi oleh adikku. Dalam nada teresak-esak dia cuba memberitahuku yg moyangku telah tiada. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'un...Moyangku telah kembali ke rahmatullah di usia 90 tahun lebih.
Arwah tinggal dgn kami sekeluarga semenjak aku tiada lagi di dunia ni. Antara adik-beradikku, akulah org yg selalu arwah sebut.Waktu aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, arwah seakan sukar melepaskan ku pergi. Mungkin aku pendengar setianya tika dia meluahkan masalah yg dihadapinya.Waktu dia xsihat, namaku yg disebut2. terharunya.....
Walaupun dia pergi kembali kpd Ilahi di saat aku tiada di sisinya, aku tidak menyesal sbb sebulan yg lepas aku sempat menjaganya selama 2minggu. kenangan memandikannya, memberinya makan, membantunya memakai telekung utk solat xdapat aku lupakan.
1 perkara yg buat aku tersentuh, walaupun dia dh kurang ingatan, matanya juga dh terlalu kabur, tidak berdaya utk berdiri terlalu lama, tapi arwah sentiasa ingat untuk solat.walaupun kadang2 waktu maghrib disangkanya waktu subuh, waktu zohor disangkanya waktu isya', tapi dia sentiasa ingat untuk solat.sangat terharu. kita yang muda dan masih bertenaga ni pun sentiasa lengah2 kan solat. Padahal kematian 2 akan menjemput kita bila2 masa je. dan arwah selalu berdegil utk solat jemaah di masjid walaupun dia xgagah untuk berjalan.waktu aku ada di rumah,akulah yg memimpinnya ke masjid.
Aku ingat lagi waktu aku kecik2 dulu, tiap ujung minggu arwah akan keluar utk dengar ceramah. dan kepulangannya aku nantikan sebab arwah akan beli sedikit makanan utk kami adik-beradik.walaupun xbanyak makanan yg dibeli, rasa puas hati sgt2 sbb arwah selalu beli makanan fevretku iaitu 'bepeng'.
Dan 1 lagi yg aku terharu, arwah xpenah mintak duit dari ayahku. Dia berusaha mencari rezeki sendiri dgn mengambil upah menjahit baju. sampailah saat kesihatannya kurang mengizinkan barulah arwah berhenti menjahit. dan selalu jugak kalau ada rezeki lebih dia akan bagi kami adik beradik RM1 seorang.walaupun xbanyak, tapi dia tetap bg kami rezeki yg dia dpt.terharunya....
Teringat masa aku memandikan arwah, selesai mandi, arwah mengeluarkan RM2 dr dompetnya. katanya sebagai upah sebab aku mandikan dia. terharunya...aku masih simpan duit 2.katanya buat beli gula2 bila aku dh balik ke tempat jauh(Jakarta).
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah moyangku. Ya Allah, tempatkannya bersama org2 beriman~