Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Thursday, February 12, 2009

Tarbiyyah dzatiyah~


Pernahkah kita terfikir kenapa sahabat-sahabat Nabi s.a.w mempunyai potensi diri yg berbeza? Abu Bakar as-Siddiq jika ditimbang imannya dengan iman seluruh umat islam, imannya lagi berat, Umar al-Khattab terkenal dengan keberaniannya sehinggakan syaitan pun lari dari bertemu dengannya, Abu Hurairah pula paling banyak tahu mengenai Islam walaupun dia masuk Islam agak lambat iaitu pada tahun ke-7 Hijrah dan ada beberapa contoh sahabat yg lain. Padahal sahabat-sahabat ni semuanya bergurukan dengan guru(murabbi) yang sama iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Inilah yg dimaksudkan dengan tarbiyyah dzatiyah~ mendidik diri sendiri agar menjadi seorang yg berpotensi tinggi. Dan tarbiyyah dzatiyyah ini sangat-sangat penting bagi seorang yang mengaku bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


-Kita ada potensi yang sama tapi tergantung kita untuk mengembangkan potensi diri kita-


Dalam hidup kita sehari-hari, pasti kita lebih banyak duduk bersendiri. Dan tiada siapa yang lebih berpengaruh untuk mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Kalau kita lapar, kita sendirilah yang kena suapkan makanan ke dalam mulut kita. Dan kalau kita malas nk suapkan makanan tu, kita sendiri yang tanggung akibatnya( dpt gastritis @ penyakit apa2 je) J

Allah berfirman:


‘Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dai api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadapapa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan’[at-Tahrim:6]


Dalam ayat di atas, Allah menyuruh kita memelihara diri kita dulu, kemudian barulah selamatkan keluarga dari azab neraka. Makanya, kita harus mengubah diri kita dulu baru mengubah orang lain. Sebagai orang yg beriman dengan hari kiamat, seharusnya kita sentiasa merasakan yang kita ni AHLI NERAKA. Dengan ini kita akan buat apa-apa yang menghindarkan diri kita dari azab neraka.


-Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada-


Banyak situasi seperti di bawah berlaku kerana kurangnya tarbiyyah diri sendiri:

~Suatu hari,A menasihati temannya B yang couple sebab A tahu yang couple 2 haram dalam Islam. Sebulan kemudian, B terserempak dengan A bersama seorang yang berlainan jantina berjalan bermesra-mesraan. B pun kesallah dengan temannya A tu. Cakap xserupa bikin.


Ni la yang akan terjadi bila kita kurang mentarbiyyah diri kita. Ilmu ada tapi x guna. Sedangkan Allah berfirman dalam al-Quran:


’Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’[ash-Shaff:2-3]


Firman Allah di atas seharusnya mendorong kita melakukan apa yang kita katakan. Ibadah dan khalifahàtugas kita kepada Allah. Maka kita wajib menyampaikan seruan-seruan Islam kepada orang lain. Untuk melaksanakan tugas-tugas kita ini, tarbiyyah diri amatlah diperlukan.

Bagaimana?? Ada banyak steps untuk tarbiyyah diri kita. Tergantung kita nak buat ke tak~Nak seribu daya, xnak seribu dalih~


  • Konsep hubungan dengan Allah

Kita kena sedar yang kita ni adalah hamba Allah yang ditugaskan untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi. Allah Maha mengetahui segala sesuatu dan Allah Maha Teliti


  • Muhasabah diri

Koreksi perbuatan kita tiap2 hari sebelum tido. Hisablah diri kita sebelum dihisab oleh Allah.


  • Ghairah kepada ilmu

Sedar atau tidak, orang memandang kita dari sudut ilmu. Dan antara orang yang berbalah, Allah akan lihat siapa dulu yg mintak maaf. Sedangkan Nabi ampunkan ummat, apatah lagi kita ni yang serba lemah. Orang yang ada ilmu akan buat apa yang Nabi ajarkan dan tinggalkan perkara2 yang boleh membinasakan diri kita sendiri.

~Sape yang nak beriman, dia akan beriman, sape yang nak kufur, dia akan kufur~ Maka, rajin2 kanlah diri kita untuk mencari apa yang kita nak. Kejahilan(kekurangan ilmu) akan sebabkan manusia dalam kesesatan.


  • Rakus beribadah

Orang yang ingin memastikan dirinya sentiasa ditarbiyyah akan sentiasa merasa kekurangan dalam melakukan ibadah kerana hidup di dunia ini cuma medan untuk kita cari bekalan bagi kehidupan yang kekal abadi.


  • Memperlihatkan akhlak yang mulia.

Akhlak yang mulia adalah buah kepada iman. Akhlak ni bukanlah suatu yang diada-adakan tapi akhlak
adalah suatu yg dipamerkan dari dalam diri kita. Dan kita tahu yg Rasulullah adalah suri teladan bagi
seluruh manusia.

’Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat’ [al-Ahzab:21]


MUJAHADAHLAH!!! Untuk hasilkan akhlak yang baik.InsyaAllah lama2 akan jadi suatu kebiasaan J

Solat yang baik dapat melahirkan akhlak yang baik.Same2 la kita menjaga solat kita~


  • Aktif berdakwah

Tujuan dakwah adalah seharusya dipikul oleh semua muslim bagi membentuk peribadi muslim dan kemudian berkembang lagi sehingga ke ustaziatul ’alam. Dengan keaktifan kita berdakwah, berkongsi nikmat Islam dengan orang lain, sekaligus ini akan mentarbiyyahkan diri kita sendiri.Salah satu caranya dengan mengadakan usrah.Stiap orang seharusnya ada dalam usrah dan jangan terputus hubungan sesama kita.Usrah adalah tempat pertemuan para da’ie(penyeru) samada untuk share mengenai aktiviti dakwah, masalah2 yang dihadapi atau apa saja.. Seharusnya setiap da’ie mempunyai rasa sayang dan cinta sesama saudara seIslam.

Realiti manusia pada zaman sekarang, kita selalu struggling untuk 1 kemungkinan contohnya kemungkinan untuk jadi seorang doktor. Hidup itu sendiri merupakan suatu kemungkinan tapi kita kena @wajib bersedia untuk hadapi suatu kepastian yaitu KEMATIAN.~


  • Muhahadah an Nafsi

Secara fitrah, Allah menjadikan kita mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara @ benda. Contoh yang biasa didengar, ketertarikan seorang cowok kepada seorang cewek. Inilah yang dinamakan nafsu. Nafsu ni adalah kambing hitam dalam usaha kita untuk mentarbiyyah diri. Seharusnya kita lawan nafsu yang menjadi penghalang untuk kita mentarbiyyah diri.Ini dapat dilakukan dengan berpuasa, banyakkan solat sunat. Apabila kita dapat melawan nafsu, kita sebenarnya telah menemuai diri kita yang sebenar yaitu diri yang bebas dari nafsu.Dan kita patut ada ilmu tentang sabar

’Nasib baik aku sabar, kalau tak dah lama aku sepak laki tu’à betulkah orang ni sabar?? Pastinya tidak, sebab orang yang sabar takkan cakap dia sabar.Sabar tu juga adalah mujahadah an Nafsi.kerana untuk jadi orang yang sabar itu sangatlah susah dan perlukan pengorbanan.

Realiti masyarakat sekarang dikekang oleh kesenangan, kekayaan. Tangan yang di atas(memberi) adalah lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima) Didiklah diri kita untuk berkongsi nikmat yang kita dapat dengan orang yang memerlukan.


  • Doa

Doa adalah senjata orang Islam.Carilah masa yang sesuai untuk bermunajat kepada Allah. Cara doa yang betul adalah dengan menghadirkan rasa tawadu’ dan rendah diri. Bandingkanlah diri kita dengan Allah, sah2 bahawa kita ni adalah hamba yang serba lemah.Review balik dosa2 kita kepada Allah,mengadulah kepada Allah dan rayulah keampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Dan yang paling spesial, antara kita dgn Allah tiada hijab.kita bebas berinteraksi dgn Allah bila2 masa.


Sama-samalah kita bermujahadah untuk mentarbiyyah diri kita sendiri kerana hanya kita tahu diri kita sbetulnya macam mana dan hanya kita yang mampu mengubah diri kita sendiri dengan izin Allah~

Sunday, February 1, 2009

Kembalinya seorang insan yg aku sayang

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanggal 31 Januari 2009, 9.15 pagi waktu Malaysia, aku dihubungi oleh adikku. Dalam nada teresak-esak dia cuba memberitahuku yg moyangku telah tiada. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'un...Moyangku telah kembali ke rahmatullah di usia 90 tahun lebih.

Arwah tinggal dgn kami sekeluarga semenjak aku tiada lagi di dunia ni. Antara adik-beradikku, akulah org yg selalu arwah sebut.Waktu aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, arwah seakan sukar melepaskan ku pergi. Mungkin aku pendengar setianya tika dia meluahkan masalah yg dihadapinya.Waktu dia xsihat, namaku yg disebut2. terharunya.....

Walaupun dia pergi kembali kpd Ilahi di saat aku tiada di sisinya, aku tidak menyesal sbb sebulan yg lepas aku sempat menjaganya selama 2minggu. kenangan memandikannya, memberinya makan, membantunya memakai telekung utk solat xdapat aku lupakan.

1 perkara yg buat aku tersentuh, walaupun dia dh kurang ingatan, matanya juga dh terlalu kabur, tidak berdaya utk berdiri terlalu lama, tapi arwah sentiasa ingat untuk solat.walaupun kadang2 waktu maghrib disangkanya waktu subuh, waktu zohor disangkanya waktu isya', tapi dia sentiasa ingat untuk solat.sangat terharu. kita yang muda dan masih bertenaga ni pun sentiasa lengah2 kan solat. Padahal kematian 2 akan menjemput kita bila2 masa je. dan arwah selalu berdegil utk solat jemaah di masjid walaupun dia xgagah untuk berjalan.waktu aku ada di rumah,akulah yg memimpinnya ke masjid.

Aku ingat lagi waktu aku kecik2 dulu, tiap ujung minggu arwah akan keluar utk dengar ceramah. dan kepulangannya aku nantikan sebab arwah akan beli sedikit makanan utk kami adik-beradik.walaupun xbanyak makanan yg dibeli, rasa puas hati sgt2 sbb arwah selalu beli makanan fevretku iaitu 'bepeng'.

Dan 1 lagi yg aku terharu, arwah xpenah mintak duit dari ayahku. Dia berusaha mencari rezeki sendiri dgn mengambil upah menjahit baju. sampailah saat kesihatannya kurang mengizinkan barulah arwah berhenti menjahit. dan selalu jugak kalau ada rezeki lebih dia akan bagi kami adik beradik RM1 seorang.walaupun xbanyak, tapi dia tetap bg kami rezeki yg dia dpt.terharunya....

Teringat masa aku memandikan arwah, selesai mandi, arwah mengeluarkan RM2 dr dompetnya. katanya sebagai upah sebab aku mandikan dia. terharunya...aku masih simpan duit 2.katanya buat beli gula2 bila aku dh balik ke tempat jauh(Jakarta).

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah moyangku. Ya Allah, tempatkannya bersama org2 beriman~