Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Thursday, October 30, 2008

keistimewaan wanita~




















Ada yg kata jadi perempuan ni susah...sebabnya..


1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
5.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pd isterinya.
7.talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??

Benda yg mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg wanita Islam.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiapsaat dia didoakan oleh segala
makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4
syarat saja :
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.


Lihatlah betapa istimewanya kita sebagai wanita. hargailah setiap kurniaan Allah yg Maha Penyayang! Subhanallah.... =)

sumber:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=6501&pid=90422%20#post_90422