Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Thursday, May 12, 2011

Allah Pemilikku

Assalamualaikum w.b.t

Semoga jiwa kita sentiasa basah dengan zikrullah

Semoga detik2 yang berlalu dipenuhi dgn amal2 yg diniatkan keranaNya

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

indahnya ukhuwah kerana Allah

indahnya berkorban masa dan harta kerana Allah

kerana ganjarannya indah

walau tidak tampak di alam al-wujud

syurga

hanya untuk org yg berjaya mendapat rahmat dan redha Allah

layakkah aku?

benarkah dunia ini dijadikan sebagai ladang amal?

sudah tertunaikan shahadah al-haq yg dilafazkan dalam solat sehari2?

ilmu2 apakah sudah diamalkan?

harta2 kemana digunakan?

segala nikmat yg Allah beri apakah digunakan untuk menjalankan tugas sebagai hambaNya?

Tersentuh dengan ayat Allah ini:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)

Mohonlah padaNya

Mohonlah, tapi dgn syarat, patuhi segala perintahNya kerana Dia pemilik kita, pemilik hati kita...

siapalah kita ini,

hanya manusia yang berasal dari tanah

tanah yang tidak bernilai dibandingkan dengan emas permata

dan akhirnya dikembalikan jua ke dalam tanah

hanya orang2 yg berTAQWA yang diangkat darjatnya

orang2 yg berhati2 dalam setiap perbuatan; setiap perbuatan diniatkan keranaNya

sekecil2 perbuatan menjadi ibadah bila diniatkan keranaNya

betapa pemurahnya Allah

tidak malukah kita andai kita ingkar padaNya?

masih mahu ingkar padaNya setelah bermacam2 nikmat dan kemudahan Dia kurniakan pada manusia?

masih mahu ingkar?

Dia Maha Melihat

Dia Maha Menjaga