Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Sunday, April 12, 2009

S.E.D.I,H

Sedih sebab mungkin terlalu mengharap balasan dari manusia bila kita membantunya dan lupa akan redha Allah atau mungkin terlalu mengharap ada orang yg berubah seperti yg kita inginkan bukan berubah kerana Allah. dan yang paling pasti adalah sedih sebab diri ini sering lalai ketika Dia memberikan nikmat kepada kita dan mengharap padaNya bila ditimpa kesusahan.
Memujuk hati sendiri.

Hidup ni apa2 pun kena niat kerana Allah. Kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan. Jaga lah masa, hati, lidah dan perbuatan mu wahai hamba yang lemah!!!

La Tahzan. Innallaha Ma'ana ( at-Taubah: 40 )
' Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita'

Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Maaf Telat Balas Tag Zatie. Baru datang mood

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

--> dah expired dah badge ni ^_^

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
--> Inilah orangnya agaknya.hehhe.bersorok di balik daun strawberi. 1 umah dari tahun pertama di jakarta ni. selang 1 bilik je.seorang yg peramah. dan memelihara 2 ekor hamster yg sangat pelahap.hehe.. nak berkenalan lebih lanjut dengannya sila hubungi 800*****.hehe.. dia suka binatang.kalo bleh sume binatang dia nk bela. hahah. lembu sekali kot. kn zatie?
Selalu kol mak dia. xpun mak dia kol dia.hehe...jeles2! banyak lagi sebenarnya kalo nk cite satu2 tp nanti cik zatie segan. heheh. besday dia 3 Julai ni. seperti besday girl lain, mesti nk hadiah.maka nanti sediakan hadiah kt cik zatie. nk bg binatang peliharaan pun boleh.heheh...
jangan marah ek zatie! ^_^


3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri

1) Seorang hamba Allah
2) Seorang anak kepada En. Ezan b. Salleh dan Pn. Zalina bt. Mat Zin
3)
Dulu suka warna pink.skan dah tawar hati ngan warna pink sebab dah suka warna2 nature
4) Suka minum air. tambah2 air suam
5) Alhamdulillah dapat belajar medik.doakan saya ek!
6) Maaf saya pendiam.hehe...
7) Suka kuceng

8) Last minute person ^_^
9) Akan kembali padaNya suatu hari nanti
10) Banyak lagi kelemahan. harap sgt2 dapat penuhi 10 muwasafat.

4. anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

--> xtau nk tag sape. xpe ek zatie?heheh...

KEPADA ZATIE

Tenkiu sebab mentag saya. nanti lah saya tag lagi pape kat awak ye. ^_^

Friday, March 20, 2009

(^_^)


Special thanks 2 my housemates (pijot+faraha+zatie+lia) yg sudi menyambut hari ulangtahun kelahiranku ke dunia ini. Terasa cepat masa berlalu, terasa makin banyak kewajipan yang belum ditunaikan. Terasa makin dekat ajal. Terasa belum menyumbangkan apa2 untuk Islam. Mungkin esok adalah permulaan baru.InsyaAllah.Semoga apa yang akan disampaikan adalah keluar dari hati.Nawaitu lillahi taala.

Kepada usrahmates (dayah+zie+nadia+nurul+kamila+timah+daling+aan) dan murabbi (kak mila+kak el) yg disayangi, semoga ukhwah kita terus kukuh. Tak pernah terfikir akan mendapat keluarga kedua seperti kalian. Best sgt2 ukhwah kerana Allah.

Mesej dari Mak: Happy birthday. Moga Allah berkati spjg masa. Luv u so much.

Rindu kepada keluarga di sana. Semoga Allah berkati sepanjang masa.

Wednesday, March 18, 2009

~Bertambahnya Usia....

Ya Allah,
Banyaknya kewajipan yg belum aku tunaikan,
Betapa sayangnya Engkau pada hambaMu ini,
Masih diberi kesempatan,
Untuk bertaubat,
Untuk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik,
Untuk mengamalkan akhlak sebagaimana akhlak seorang Muslim,
Bantulah kami Ya Allah,
Teguhkan hati kami!
Ampuni dosa2 kami!
Berilah petunjuk kepada kami,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Penyayang
Amiin Ya Rabbal 'Alamin

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul~


Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita, di akhir hayat baginda hanya memikirkan kita, umatnya.
Masihkah kita ingin hanyut dengan kehidupan dunia yg penuh tipu daya ni??? sama2 la kita fikir.
Rasulullah s.a.w telah banyak berkorban demi menegakkan Islam di muka bumi ini. semoga kita menghargai dan mencintai Rasulullah s.a.w sepenuh hati kita.
Jaga la hati, jauhi maksiat. berhenti la mengingati org2 yg xsepatutnya kita ingat(kekasih,awek atau sebagainya) sbb ini akan meninggalkan titik2 hitam dlm hati kita yg lama2 hati kita akan jd kotor,berpenyakit.

sama2 la kita jaga hati kita!