Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Friday, August 20, 2010

orang yang paling rugi


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Astargfirullah, semoaga tiap2 kata2 ni dikira sebagai amal utkMu..

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. [18:103-104]

Sayangnya, bila mana kita mengklaim kita dah buat kerja, tapi timbul riak dalam diri...

Sayangnya, bila mana ada cara terbaik utk memperindahkan akhlak saudara kita, tapi cara yang sebaliknya yg dilakukan...sedangkan Rasulullah sangat2 mementingkan akhlak bermanis muka, bertegur sapa... Allah pun ada menegur Nabi dlm surah Abasa...supaya tidak bermasam muka

Sayangnya, bukankah semua muslim itu bersaudara...

Sayangnya dan sayangnya...

Ya Allah, hambaMu yg serba lemah ini hanya mampu berdoa, semoga tiap ujian yg Kau berikan dihadapi dengan sabar dan cara yg berhikmah, cara yang lembut...

Suka kata2 sorang ni
Jangan mengharap lebih bila kita tidak memberi lebih.. jangan mudah menunding jari bila apa yg kita nakkan tu tak dapat..

Kata2 dari murobbi:
Kita terlalu fikirkan masalah diri, padahal masalah luar sana lagi banyak...lagi parah

Allah Maha Adil
Dia la yang layak menghukum dan mengadili..

Dia tahu siapa yg benar2 bekerja di JalanNya.

Boleh jadi kita kuat di awal2 perjalanan, tapi tersungkur sebelum sampai garis penamat..

Jadi sama2 la kita perbetulkan niat kita..

Apa tujuan kita hidup??

Semoga ramadhan ini kita manfaatkan sebaik2nya.. Cari redhaNya.. perbetulkan akhlak kita...

Semoga Allah memasukkan kita ke dalam org2 yang Soleh

Sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar :)

Bukankah tugas kita menyampaikan Islam, menjadi hambaNYa ygbertaqwa, menjadi muslim yang sebenar, berakhlak seperti akhlak nabi.???

Jom sama2 MUJAHADAH MELAWAN NAFSU





Monday, July 19, 2010

Sahabat


Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya meninggikan takut pada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah


~Maaf, masih belum jadi sahabat yg terbaik buatmu, namun akanku cuba menjadi yg terbaik~

Friday, July 16, 2010

Hanya Allah tahu




Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan meng'azabmu, jika Dia menghendaki. Dan, Kami tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga bagi mereka. Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian nabi-nabi itu atas sebagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud. [17:53-55]


Tuesday, July 13, 2010

Ikhtilat

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [3:185]

Takutlah kepada Allah, ingatlah kematian boleh datang bila2

Monday, April 12, 2010

Kisah Best~ di zaman Umar al-Khattab

Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

- Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:
- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:
- Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:
- Bagaimana kamu membunuhnya?
- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :
- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:
- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:
- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?

- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:
- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:
- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:
- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:
- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:
- Adakah kamu mengenalinya?

- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?
- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:
- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:
- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:
- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:
- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:
- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?
- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:
- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:
- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

اللَّهُمَّ إِنّا نَعْلَمُ أَنَّ نَصْرَكَ آتٍ فَهَيِّئْ لَنا أَسْبَابَهُ وَاجْعَلْنا مِنْ جُنْدِكَ الغَالِبِينَ
اللَّهُمَّ عَجِّلْ بِالفَرَجِ يَا مَنْ بِيَدِهِ مَفَاتِيحُ الفَرَجِ
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَالِحَ الأَعْمَالِ وَاجْعَلهَا خَالِصةً لِوَجْهِكَ الكَرِيمِ..