Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Sunday, September 11, 2011

Paku dengan penukul

Manusia ibarat paku
Bila diketuk baru berubah kedalaman
Kalau tak ketuk, takkan dapat menyatukan 2 papan

Manusia kena sentiasa diingatkan sebab mudah lupa
Lupa asal usul dan ke mana tempat kembali

Apa pun, kembali kepada Allah
Muhasabah


Rumah Allah

Kredit gambar: google

Impian ke sana

Belum tahu bila, sempat atau tak

InsyaAllah :)

Rindu masa dulu

Rindu saat semangat sangat2 tinggi. Rindu akan basahnya hati. Rindu akan manisnya ukhuwwah (sekarang pun manisnya masih sama :) ) Rindu diri yang dulu. Terjaga.

Rindu. sangat rindu diri sebelum ini.
Sangat2 rindu...

Cukuplah segalanya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri. muhasabah.

Bahawa apa yg Allah dan ajarkan kita tu benar. islam itu benar dan indah. manusia yang menutupi keindahan itu.

berharap pada bunga, ia akan layu.
berharap pada manusia, kelak akan kecewa
berharap pada Allah insyaAllah kebahagiaan yg kita dapat.

carilah redhaNya dalam SETIAP PERBUATAN!
walau sekecil zarah perbuatan tu akan dicatat
baik atau buruk

sama ada nak terima kitab amalan dengan tangan kanan atau tangan kiri.? tepuk dada tanya iman.

ingin jadi orang bijak. sila jadi orang bijak.
belum terlambat...

terasa makin jauh untuk jadi mukminah sebenar

Saturday, September 10, 2011

Think and think

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. seketika berfikir kembali apa yang dah dilakukan dua tiga menjak ni.. Kesimpulannya, rasa seperti bukan diri yang sebelum ini. beza, jauh berbeza.

Iman naik dan turun ibarat buih-buih yang muncul ketika air sedang menggelegak. naik dan turun, bila turun kena cepat-cepat cari ubat. ubat hati, tombo ati. ada 5. semua dah ada depan mata, tinggal nak guna atau tidak.

Sayangnya Allah pada ku... Sangat terasa kasih sayangNya, bila dia sedarkan kembali aku dari khayalan yang panjang. Kononnya apa yang aku buat ni mendapat keberkatan dariNya, padahal belum tentu!

Niat tidak menghalalkan cara.

Sayangnya Allah pada hambaNya yang sombong ini. tidak menggunakan nikmat dengan betul-betul. Apa kita fikir kita masih hidup lama? mungkin setelah menulis ni malaikat maut datang menyapa. atau pada saat ini juga mungkin malaikat maut sedang menjeling-jeling apa yang aku tengah buat. nak lari ke mana?

Ampuni kami Ya Rabb.. tidak layak rasa untuk masuk syurgaMu, namun tidak mampu juga untuk hadapi pedihnya siksa neraka..

Azam: Jadi bijak.~org yg bijak adalah org yg menggunakan kehidupan dunia untuk kebahagiaan hidup di akhirat.