Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Monday, May 16, 2011

Jom jadi orang yang bijak ;)

keindahan..islam indah

Assalamualaikum w.b.t

perempuan..penuh emosi
sangat bahaya andai tidak dikawal

hati...raja kepada jasad
sangat bahaya andai hati dipengaruhi emosi dan nafsu
perlakuan akan menuruti emosi dan nafsu
hancurlah jasad

orang yang bijak cerdas...
adalah orang yang selalu mengoreksi diri (muhasabah)
dan beramal untuk bekal sesudah mati

amal yg baik terlahir dari iman yang mantop
iman yg mantop akan menerima segala apa yang Allah tentukan dengan redha(rela hati)
iman yang mantop melahirkan individu yang berakhlak mulia

akhlak mulia
buah dari kekhusyukan ibadah(yang diniatkan kerana Allah)
dan ketundukan diri pada Allah

'sebaik-baik manusia adalah orang yang terbaik akhlaknya di antara mereka (HR Thabrani)

semuanya tergantung iman

mari mantapkan iman

muhasabah kenapa kita hidup

pastinya kerana Allah

hadapi ujian hidup dgn sabar

neutralkan emosimu wahai perempuan kerana emosi boleh merosakkan akhlak, boleh merosakkan silaturrahim, boleh menghancurkan amal ibadah

stabilkan emosi

pesanan utk diri sendiri dan saudari2 seperjuanganku

andai ada kesilapan, mohon dimaafkan

kita saudara

kita adik beradik

indahnya ukhuwwah kerana Allah

kerana Allah kita bertemu dan berpisah

indah....

bila mengingat kebaikan orang pada kita :)



Thursday, May 12, 2011

Allah Pemilikku

Assalamualaikum w.b.t

Semoga jiwa kita sentiasa basah dengan zikrullah

Semoga detik2 yang berlalu dipenuhi dgn amal2 yg diniatkan keranaNya

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

indahnya ukhuwah kerana Allah

indahnya berkorban masa dan harta kerana Allah

kerana ganjarannya indah

walau tidak tampak di alam al-wujud

syurga

hanya untuk org yg berjaya mendapat rahmat dan redha Allah

layakkah aku?

benarkah dunia ini dijadikan sebagai ladang amal?

sudah tertunaikan shahadah al-haq yg dilafazkan dalam solat sehari2?

ilmu2 apakah sudah diamalkan?

harta2 kemana digunakan?

segala nikmat yg Allah beri apakah digunakan untuk menjalankan tugas sebagai hambaNya?

Tersentuh dengan ayat Allah ini:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)

Mohonlah padaNya

Mohonlah, tapi dgn syarat, patuhi segala perintahNya kerana Dia pemilik kita, pemilik hati kita...

siapalah kita ini,

hanya manusia yang berasal dari tanah

tanah yang tidak bernilai dibandingkan dengan emas permata

dan akhirnya dikembalikan jua ke dalam tanah

hanya orang2 yg berTAQWA yang diangkat darjatnya

orang2 yg berhati2 dalam setiap perbuatan; setiap perbuatan diniatkan keranaNya

sekecil2 perbuatan menjadi ibadah bila diniatkan keranaNya

betapa pemurahnya Allah

tidak malukah kita andai kita ingkar padaNya?

masih mahu ingkar padaNya setelah bermacam2 nikmat dan kemudahan Dia kurniakan pada manusia?

masih mahu ingkar?

Dia Maha Melihat

Dia Maha Menjaga