Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Sunday, April 10, 2011

buka hati untuk dididik

Hadith 6

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jaga hati, dialah raja kepada jasad. penuhi hati dgn cinta padaNya. bukakan hati untuk dididik olehNya..

Monday, April 4, 2011

Pembaziran

assalamualaikum w.b.t...

sangat2 lama tak update blog... banyak benda terfikir untuk ditulis tapi diri sendiri sering bertangguh. sifat yg sdg berusaha dibuang dlm diri..insyaAllah.

sedar tak sedar dah banyak pembaziran kita buat dalam hidup. teringat khutbah jumaat hari tu imam ada kata pembaziran tu bukan hanya makanan, harta, masa tapi pembaziran tenaga, pembaziran zikir, pembaziran ilmu dll....

pembaziran masa bila kita buat sesuatu bukan kerana Allah, pembaziran zikir bila kita zikir hanya di bibir tapi bukan menghadirkan hati, pembaziran ilmu bila ilmu yang kita ada tu kita x amalkan (diri sendiri..huhu)... dan banyak lagi..

astargfirullah3....

bila menulis ni, diri sendiri adalah org pertama yg harus amalkan apa yg ditulis. nanti akan disoal apakah kita lakukan apa yg kita katakan. sbb Allah sangat benci org yg tak buat apa yg dia kata.. ayat Allah dalam surah as-saff


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (61:2-3)

Ya Allah, tetapkan kami dalam iman. ampuni dosa2 kami. bukakanlah pintu hati kami untuk kembali ke jalanMu yg lurus