Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Wednesday, January 12, 2011

Kehidupan ini tarbiyyah dariNya


Pernah tak terfikir kita hidup untuk apa?
Cuba ambil waktu sejenak untuk fikir balik, untuk apa kita hidup? apakah untuk mencapai cita2 waktu kecil dulu? apakah untuk hidup bahagia dgn pasangan hidup?
Pernah tak terfikir, lepas hidup di dunia ni apa akan jadi dengan kita?
Pernah tak menghitung amalan yang dah kita buat, ibadah yang dah kita buat? cukup banyakkah, cukup berkualitikah?

Pernah tak terbaca ayat ni

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)

Ibadah, itulah salah 1 tujuan hidup kita yang sebenarnya...Ibadah...
Allah dah bekalkan kita hati, penglihatan dan pendengaran untuk kita beribadah padaNya, bukan untuk melakukan maksiat atau dosa...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya dengan cara istidraj (7:179)


Sejauh mana kita kenal Allah, Yang Memiliki kita.......................................................

Tahukah kita yang Allah menciptakan syurga untuk hambaNya?

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya (2:25)

Apa yang dah kita buat dengan hidup? Kadang ujian datang menimpa kita, ujian dalam belajar, ujian dalam ukhuwwah, ujian dlm kewangan, ujian dalam keluarga....

Itulah tarbiyyah, didikan yang Allah bagi buat hambaNya. Didikan untuk meningkatkan lagi darjat iman kita. kadang kita diuji dengan benda yang sama berulang kali, itu tandanya kita belum berjaya melepasi ujian tersebut. sama modelnya dgn ujian di sekolah atau di uni. kalau masih gagal dlm exam, kena repeat semula paper yg sama.

Betapa sayangNya Allah pada kita.. dan seharusnya kita berkasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu.
Kalau sebuah ikatan itu dibina kerana Allah, mudah-mudahan ikatan itu berkekalan sampai ke syurga. insyaAllah...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Riwayat Imam Nawawi…

Semoga setiap keputusan yang kita ambil adalah kerana Allah. pertimbangan yang dibuat adalah berlandaskan garis panduan dari Allah.

-Masih jauh perjalanan ini, kadang rebah di tengah jalan akibat tarikan2 jahiliyyah yg masih ada dalam diri...ibarat mendaki bukit dgn membawa bebanan(dosa) yg banyak, makin ke atas makin penat, tercungap2, makin lambat dan suatu ketika boleh jatuh berundur ke belakang..na'uzubillah...semoga Allah kuatkan hati ini, agar perlahan2 dapat mengurangkan bebanan2 hingga senang untuk mendaki.


Monday, January 3, 2011

realisasikan angan2 mu


setiap org pasti ada angan2...sama ada angan2 dunia atau angan2 akhirat...

ada sorang shbt sharing ttg angan2 nya..subhanallah, pertama kali jumpa dgn org yg angan2 tinggi mcm dia.. angan2 nya adalah masuk syurga, di mana di dalamnya kita mendapat layanan yg super2 istimewa, dgn hidangan sebanyak 300jenis dan semuanya sedap2 dan makin kita makan makin sedap rasanya, makin nikmat..duduk singgahsana sepanjang 1 batu...alangkah bestnya! berjumpa dgn pejuang2 islam yg telah berjaya menempuh dugaan2 di dunia, sahabat2 yg syahid demi menegakkan islam, berjumpa dgn kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan yg paling best, dapat bertemu dgn Allah Yang Maha Esa~

tapi...fikir2 balik, layakkah kita?? sudah cukupkah usaha kita di dunia utk mendapatkan redha Allah dan syurgaNya? syurga Allah perlu dibayar dgn pengorbanan, kesusahan di dunia demi mencapai redhaNya. syurgaNya hanya buat org2 beriman, org2 yg yakin pada Allah dan melakukan segala apa yg Allah suruh dan meninggalkan segala apa yg Allah larang. dan semua itu ada dalam panduan hidup kita iaitu Quran!!! Bacalah, fahamilah dan beramallah mengikut panduan hidup yg Allah gariskan utk kita. dan Allah telah mengutus kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w utk menunjukkan kita bgmn islam itu sebenarnya, utk merealisasikan apa yg ada dalam al-Quran. betapa hebatnya kasih sayang Allah berbanding kasih sayang manusia.

Muhasabah...Adakah amalan kita sehari2 diniatkan kerana Allah? mandi, makan, belajar, online dan sebagainya adakah kita buat kerana Allah? untuk apa kita makan? adakah sekadar untuk memenuhi nafsu, atau untuk mendapatkan sedikit tenaga untuk kita meneruskan tugas kita sbg hambaNya dan khalifah di dunia.

Ibadah kita bukan setakat solat, zakat, puasa dll... ibadah tu adalah sesuatu perkara yg kita buat kerana Allah, niat keranaNya...Allah sukakan kebersihan, sebab tu kita kena mandi. Allah sukakan hamba yg kuat, sebab tu kita kena makan sekadarnya dan tidak berlebihan. Allah suka hambaNya yg berilmu krn ilmu tu adalah cahaya dan cahaya takkan masuk kalau hati kita kotor penuh dosa, sebab tu kena belajar dan tuntut ilmu di samping perbanyakkan istighfar sbb manusia takkan lepas dari buat dosa.

ikatan persaudaraan, paling manis bila ikatan tu atas dasar ikatan akidah.
'dan Dia (Allah) yg Mempersatukan hati mereka(org2 yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana' [8:63]

Angan2 tu akan jd 1 angan2 kosong bila kita tak berusaha utk capai angan2 tu.. kalau dulu selalu berangan2, tapi tidak ada usaha langsung..Banyaknya waktuku sia2..tapi, alhamdulillah Allah tegur kesalahanku ini, tanda Dia sayang hambaNya. sedang berusaha merealisasikan angan2 itu.. subhanallah Allah mudahkan jalan. satu persatu impian tercapai.

setiap kata2 akan diuji olehNya. smoga kita istiqamah dlm setiap amaln yg kita lakukan..insyaAllah!!!

Saturday, January 1, 2011

ukhuwwah fillah abadan abada



sayang, rindu mula membuak pada mereka semua.. semoga kita sama2 menjadi ruhul jadid, yg akan terus menerus bekerja untuk mencari redha Allah, dan semoga kita sama2 bertemu di syurga kelak, bertemu idola2 kita di syurga, semoga hati kita terus terikat dgn ikatanNya.

jazakillah khair buat semua, yang sudi berkongsi pengalaman, mentransfer iman masing2 agar sama2 dirasai tingginya iman kita, sama2 bertemu, berkongsi kisah suka duka berada di jalan ini... semoga Allah tsabatkan kita di jalan ini...

sudah mula jatuh cinta, pada jln ini...
selama ni masih terkapai2 mencari suatu keyakinan
alhamdulillah telah kutemui keyakinan itu
keyakinan pada Allah yg paling utama
lantas akibat dari keyakinan itu, akan timbul usaha2 dan langkah2 gigih untuk sama2 berkongsi rasa dgn muslim yg lain..sama2 menjadi mukmin sejati

alhamdulillah, syukur yg teramat diucapkan kpd Allah yg memegang hati ini..
alhamdulillah Allah bukakan hati kita untuk sama2 kita berusaha menjadi muslim sejati

kepada yg membaca post ini, ingatlah yg kita hanya merancang tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNya, Dia tidak akan menzalimi hambaNya. yakinlah, kebahagiaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah

jangan mudah putus asa, Allah sedang menghitung usaha2 mu... dan Dia telah menjanjikan syurgaNya buat hamba2Nya yg beriman.

kita belum betul2 beriman selagi kita tidak diuji.. tabahlah menghadapi ujian dariNya.. kelak kau akan tersenyum di syurgaNya.. insyaAllah