Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Monday, September 29, 2008

~semangat datang lagi~



hhmmmm.....
cepat betul masa berlalu.dah nak habis bulan Ramadhan.tapi rasa masih tak dapat latih diri untuk jadi orang yang berguna.macam banyak lagi benda dalam diri ni yang tak settle.
berusaha!

best dapat jumpa sister2 yg ada di kelantan. terasa semangat tu datang balik.walaupun agak menyesal dengan diri ni yang macam xde perkembangan pape di bulan Ramadhan, tapi Allah tetap mudahkan jalan agar semangat tu tak hilang, semangat untuk terus berada di jalan ini.
Alhamdulillah. dan paling tak sangka dapat jumpa orang sekampung. subhanallah. keciknye dunia.

Terasa suatu perasaan yang berbeza untuk sambut aidilfitri pada kali ini. mungkin sebab dan tahu apa maksud di sebalik aidilfitri iaitu kembali kepada fitrah setelah sebulan kita melatih diri dengan sifat2 mahmudah. bulan ramadhan adalah bulan yang melatih kita bangun qiamullail, latih kita untuk tahan dengan dugaan lapar dan dahaga, latih diri kita untuk berjimat cermat dan sebagainya supaya segala apa yang kita buat di bulan Ramadhan ni dapat kita teruskan pada bulan2 yang lain. dan bulan Ramadhan memang patut dihayati dengan betul2.

Dalam masa beberapa hari berada di negeri kelahiran ni, sempat la jugak keluar ke bandar utk membeli barang keperluan di samping meninjau2 keadaan masyarakat sekeliling. sedar tak sedar sebenarnya kita sedang mengalami peperangan pemikiran. terlalu banyak budaya2 yg dicelup dari luar yang 100% bercanggah dengan Islam yang telah diterapkan dalam pemikiran kita2 di negara kita ini. dari kita kecik lagi sebenarnya telah bermulanya peperangan pemikiran ini...

fikir2 kan lah.....

' Dan kehidupan dunia hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui' ( al-Ankabut : 64 )

Monday, September 1, 2008

home sweet home

Hampir seminggu dah ada kat umah dan hari ni hari first puasa. alhamdulillah aku masih diberi kesempatan utk menjalani ibadah puasa.mungkinkah ini ramadhan yg terakhir bagiku?? wallahu'alam.

sama2 la kita manyibukkan diri kita untuk topap amal2 kita di bulan yg penuh berkat ini. semoga segala dosa masa lalu diampunkan oleh Allah Yang Maha Pengampun.

musuhku di rumah adalah TV!!! huhu... bila diperhati kembali, byk masa terbuang dgn mengadap TV. sebenarnya TV xbersalah pun,cuma program2 yg ditayangkan 2 banyak yg melalaikan. masa bersama femily pn kurang sbb masing2 tgh fokus tgk TV.huhu.. xtau nk ckp macam mana.

hope di bulan ramadhan ni dpt melatih mata tak tengok benda2 xberfaedah. dan aku harap kepulanganku ini membawa 'perubahan'. insyaAllah.

tetapkanlah iman kami Ya Allah.... =)

Wednesday, August 27, 2008

Kisah:Insan Terpilih~


Alhamdulillah..........

Memang cepat masa berlalu. dan umur semakin bertambah, semakin mendekati ajal. hati ini bertanya, apa yg sedang aku lakukan pada waktu ini. adakah amalku bertambah. adakah Allah ampunkan segala dosa2 ku.adakah aku ada melukai hati sesiapa. masih adakah orang yg berdendam padaku. masih adakah hutangku pada sesiapa. sekiranya ada, ampun dipinta dan halalkan apa yg telah kuambil. semoga Allah menerima taubatku....

Bila direnung kembali, banyak musibah telah menimpa diriku. rupanya Allah ingin aku sedar, dan kembali ke jalanNya.Alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih. walaupun perit, tapi semua keperitan itu tak terasa sbb rs bersyukur sgt2 sbb Allah masih hiraukan aku. kalaulah Allah tak hiraukan aku, mungkin aku telah hanyut di lautan duniawi.. Na'uzubillah

Alhamdulillah, rupanya Allah telah mengatur perjalanan hidupku yg memang aku tak pernah terpikir pn. study kat jakarta... banyak hikmah di sebalik penghijrahanku ke jakarta ni. tak pernah aku sangka yg aku akan sampai ke tahap ini. rasa sgt bersyukur,aku terpilih..terpilih utk agama Allah.jgn salah tafsir. hakikatnya kita semua adalah khalifah Allah. cuma,tinggal kesedaran kita utk pikul amanah ini. jadi, sedar la sahabat2 sekalian. bersusah2 dulu di dunia, insyaAllah akan dpt balasan di akhirat nanti sekiranya amal kita ikhlas semata2 sbb Allah. dan aku terpilih kerana aku merasakan apa yg menimpa diriku adalah tanda ingatan Allah padaku.thank u Allah.!

Maaf kalau ada yg pelik ngan diri aku. manusia mana yg tak berubah. tak salah pun kalau berubah kepada yg benar. dan aku yakin aku di jalan yg benar.kekalkan aku di jalan ini ya Allah.

terima kasih tak terhingga kpd sahabat2 di trisakti yg banyak menolong ku supaya sedar. syukur kpd Allah sbb aku dpt sahabat2 yg byk menolongku..

Masih banyak yg aku harus pelajari. ilmu Allah dan ilmu dunia yg bermanfaat.dan aku sedang berusaha memanfaatkan masaku yg berharga ini.semoga Allah beriku kekuatan.

Jihad melawan nafsu adalah yg paling susah.kuatkan iman.InsyaAllah...

~aku adalah muslimah yg belajar~

Tuesday, August 19, 2008

~sayonara jahiliyyah~


Dahulu....
Pernah diri ini jatuh ke lembah jahiliyyah...
Pernah diri ini lalai dari mengingati Sang Pencipta...
Pernah diri ini menyakiti hati ma dan abah...
Pernah diri ini tidak menghargai sahabat2 yg ikhlas berkawan...
Pernah diri ini merasa kesal kerana gagal dalan peperiksaan...
Pernah diri ini meninggalkan apa yg wajib dilakukan...
Pernah diri ini leka dengan hiburan dunia...
Pernah diri ini merasa terlalu cintakan dunia...
Pernah diri ini bersangka buruk kepada orang lain...
Pernah diri ini berasa bangga akan kelebihan diri...

Kini....
Baru ku sedar betapa jahilnya aku...
Baru ku sedar akan tujuan penciptaanku...
Baru ku sedar akan pentingnya keberkatan dari ma dan abah...
Baru ku sedar betapa pentingnya sahabat untuk saling mengingati...
Baru ku sedar bahawa rezeki telah ditetapkan Allah...
Baru ku sedar betapa kita perlu melakukan apa yg wajib...
Baru ku sedar dunia ini sementara...
Baru ku sedar dunia ini semakin merosakkn akidahku...
Baru ku sedar yg aku tiada kuasa untuk menilai org lain...
Baru ku sedar bahawa kelebihan diri adalah kurniaan Tuhan Yg Maha Agung...

Dan aku bersyukur kerana aku terpilih untuk berada di JALAN ini...
Jalan yg memerlukan banyak pengorbanan...
Jalan yg diredhai Allah...
Jalan yg menyeru semua org ke jalan yg benar...
Jalan di mana masih ramai yg belum sedar akan pentingnya jalan ini...

Ya Rabb,
Tetapkanlah hati kami di Jalan ini...
Tetapkanlah hati kami dalam Islam dan Iman...
Teguhkanlah ikatan ukhwah antara kami...
Tetapkanlah iman kami...
Jauhilah kami dari rasa gementar...
Terimalah taubat kami...
Berilah petunjuk kepada kami...
Ampunilah dosa2 kami...
Bukakanlah pintu hati kami agar memilih agamamu...
Aamiiin ya Rabbal alamin...

Aku...
Hanyalah hamba kepada Allah...
Serba kekurangan...
Harus tabah dalam menghadapi dugaan di dunia ini...
Ingin berubah...
Ingin meninggalkan zaman jahiliyyah...
Ingin merasai CINTA ALLAh...
Ingin mendalami Kitab Allah al-Quran...
Ingin mengikuti sunnah Rasulullah...

Semoga...
Allah tetapkan iman kami...

~sayonara jahiliyyah~

Thursday, August 14, 2008

~muhasabah 2~


Sempat curi masa sikit utk kongsi apa yg terpikir

Untungnya kita:
~lahir dgn sempurna anggota badan
~dilahirkan dlm keluarga yg bagus2
~dapat melihat, mendengar, dan bercakap
~rupa paras yg elok
~ada harta
~tak perlu susah payah cari sesuap nasik
~dapat belajar dlm bidang yg diimpikan
~dapat result yg gempak
~sentiasa dpt apa yg kita nak
~dapat masa 24jam utk diisi dgn aktiviti2

Tapi sedarkah kita bahawa:
~keuntungan yg kita dapat adalah kurniaan Allah yg Maha Pemurah
~kita akan dikembalikan pdNya
~tujuan hidup kita adalah untuk menyembah Allah
(amal maaruf nahi mungkar)

~kita adalah hamba Allah yg serba lemah
~tanggungjawab kita adalah besar
~kita semakin lalai dan asyik dengan hal2 dunia
~dunia ini adalah sementara
~akhirat kekal selamanya
~masa yg berlalu xkan datang kembali
~kita sedang menghampiri ajal dgn bertambahnya umur
~sejauh mana kesedaran kita, iman kita?

Alangkah ruginya kita jika:
~niat melakukan sesuatu bukan kerana Allah
~masih melakukan perkara mungkar
~tidak menggunakan mata utk lihat kebesaran Allah, telinga utk dgr perkataan yg baik2, dan lidah utk berzikir memuji Allah
~tidak memanfaatkan masa dgn menambahkn amal, mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah, dan menuntut ilmu yg berguna
~mengumpulkan harta tanpa menggunakannya ke jalan Allah
~menuntut ilmu krn nk dipandang tinggi tanpa niat krn Allah

Ambillah sikit masa utk muhasabah diri...sekadar mengingati sesama kita....
sekian...
wassalam...