Sabar dan terus Berusaha

::medan fikir lebih besar dari medan amal, medan amal lebih besar dari medan jihad, medan jihad lebih besar dari medan muntij, dan medan muntij lebih besar dari medan istiqamah::

-ukhuwwah fillah-

Monday, August 13, 2012

time

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian...kecuali org yg beriman dan melakukan amal soleh... Surah al-'asr.

Selalu baca surah ni. Tapi tak tahu dan amalkan betul2 ke x. Astarghfirullah al adzim. Semoga Allah trima amal2 kita di bulan ramadhan ni. Sangat berharap ramadhan ni memberikan kesan yg permanent dalam diri. Kesan positif. Yang mana itu semua tergantung kita. Orang yg berusaha betul2 nak berubah, Allah akan tolong!

8 bulan tinggalkan blog ni. Padahal ada je aplikasi yang cepat utk update blog. Tapi tu la, banyak berkata-kata tapi tak amalkan tu sangatlah Allah benci. (rujuk surah as-saff ayat 2 dan 3).

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 11, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.1

Ujian Hati

Sa'ad bin Abi Waqqas berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa."(HR. Bukhari)


Mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai Allah timpakan ujian berturut-turut supaya kita kembali mengingat dia... Mengadu padaNya, Merintih padaNya, Memohon kekuatan dariNya...


Ampuni hambaMu yang lemah ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 2, 2011

yang disia-siakan

bismillahirrahmanirrahim....

sudah hampir seminggu tahun baru berlalu.. harusnya ada tingkat-tingkat perubahan pada diri. bukan malah memburuk. Allah dah bagi jasad dan ruh yang sempurna buat kita. kenapa tidak kita gunakan ia sebaik mungkin? kenapa tidak kita kuasai diri sendiri? kenapa biarkan nafsu menguasai diri? kenapa tidak iman yang memimpin diri? alangkah ruginya diri yang dikuasai nafsu dan syaitan!!! muhasabah diri kembali. setelah seminggu berlalu....

wahai insan yang padaNya engkau kembali..cepat-cepatlah bertaubat sebelum terlambat. cepat- cepatlah kembali pada Allah, pemilik hatimu. jangan terleka dengan dunia. jangan pernah merasa aman sedangkan bila-bila masa Allah akan ambil nyawamu.

wahai insan yang lemah, jangan pernah merasa engkau paling baik dan beriman di antara manusia lain, sedangkan Allah lebih tahu. tidak beriman seseorang selagi tidak diuji. bila merasa diri lebih baik, cek kembali hati mungkin sudah necrosis.

maafkanlah,dengan sifat memaafkan,seorang sahabat nabi masuk syurga.berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. insyaAllah.

andai lemah,mintalah pada yang Maha Kuat

jangan sesekali mensia-siakan hidup yang Allah bagi ni. tunaikan amanah yg Allah beri, sebagai 'abid dan khalifah.

Saturday, November 26, 2011

rumah sakit a.k.a hospital

bismillahirrahmanirrahim....
pertama-tamanya selamat tahun baru buat saudara seakidah..alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk kita hidup dan memperbaiki diri. kalau takde usaha,kita takkan berubah..ditambah doa tak henti-henti memohon bantuan dariNya.

malam ini, shift malam kedua di rumah sakit umum daerah kota bekasi, bahagian penyakit dalam (internal medicine). tergerak untuk menulis. untuk kesekian kalinya, tapi rasanya kali ni lebih rasa terharu melihat keadaan patient sorang ni.kurus sangat, masih muda dan perlu suntikan insulin setiap hari sepanjang hidup. itulah takdirnya.  Allah tarik nikmat sehat untuk sementara waktu. banyak ganjarannya, dosa-dosa terhapus. Allah takkan bebankan kita dengan apa yang kita tak mampu. semoga dia tabah dan sabar menghadapi. menitis air mata,bersyukur atas nikmat kesihatan yg Allah bagi...semua ni agar kita lebih kuat beribadah,menjadi hamba yang bersyukur...